Ringkasan AI
- Barisan Nasional dan Perikatan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16.
- Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memenangi 21 kerusi dan PN memperoleh tiga kerusi, menjadikan jumlah 24 kerusi DUN.
- BN dan PN dijangka membentuk kerajaan negeri Melaka, mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kestabilan dan hala tuju pembangunan gabungan tersebut.
AYER KEROH: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang berlangsung hari ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN memenangi 21 kerusi, manakala PN memperoleh tiga kerusi.
“Yang telah memperoleh majoriti kukuh secara tidak rasmi sebanyak 24 kerusi DUN.
“Dengan ini, insya-Allah, BN dan PN akan membentuk kerajaan negeri Melaka.
“Bagi pihak seluruh kepimpinan BN dan PN, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri Melaka,” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, keputusan itu mencerminkan keyakinan rakyat Melaka terhadap rekod pencapaian, kestabilan serta hala tuju pembangunan yang ditawarkan BN dan PN, berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang tempoh kempen.
Menurut Timbalan Perdana Menteri itu lagi, kemenangan tersebut juga bukan alasan untuk BN dan PN bermegah, sebaliknya diterima dengan penuh kesyukuran, rendah hati dan keinsafan.
Pada PRN Melaka, BN bertanding di 21 kerusi, manakala PN meletakkan calon di lima kerusi.
BERITA LANJUT MENYUSUL