awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melabelkan organisasi jenayah sebagai pengganas tidak membantu - Presiden Mexico

Bernama
Bernama
25/01/2025
21:15 MYT
Melabelkan organisasi jenayah sebagai pengganas tidak membantu - Presiden Mexico
Sheinbaum menekankan kerajaan Mexico tidak mahu fentanyl sampai ke Amerika Syarikat atau mana-mana tempat lain. - Gambar fail AP
MEXICO CITY: Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum pada Jumaat menyatakan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melabelkan organisasi jenayah sebagai pengganas "tidak membantu" dalam memerangi mereka, lapor Xinhua.
Beliau menegaskan, keutamaan untuk memerangi organisasi jenayah adalah dengan memperkukuh tindakan serta mengutamakan kerjasama dan rasa hormat antara Mexico dan Amerika Syarikat, katanya dalam sidang media harian.
Sheinbaum menekankan, kerajaan Mexico tidak mahu fentanyl sampai ke Amerika Syarikat atau mana-mana tempat lain.
"Kami sedang memerangi kumpulan jenayah ini, dan apa yang kami mahukan ialah kerjasama dan penyelarasan. Keputusan unilateral tidak membantu," katanya.
Pada 1996, kerajaan Amerika Syarikat menggubal undang-undang yang membenarkan kuasa untuk menyenaraikan Organisasi Pengganas Asing.
Pada Isnin, Trump menandatangani perintah eksekutif yang bertujuan melabelkan kartel dadah sebagai organisasi pengganas asing.
Sheinbaum berkata, kerajaan Mexico sedang menjalankan analisis undang-undang untuk menilai kemungkinan implikasi perintah eksekutif itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#organisasi jenayah
#pengganas
#presiden Mexico
#Claudia Sheinbaum
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan