awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melania Trump lawat pendatang kanak-kanak di Arizona

Sinar Harian
Sinar Harian
29/06/2018
03:04 MYT
Melania Trump lawat pendatang kanak-kanak di Arizona
Melania Trump mengadakan perbincangan dengan Geraldo Gabriel Rivera (kiri) dan Alexia Jo Rodriguez dari pusat tahanan imigresen untuk kanak-kanak di Phoenix, Arizona, AS, 28 Jun, 2018. REUTERS
Wanita pertama Amerika Syarikat, Melania Trump mengadakan lawatan kedua ke fasiliti yang menempatkan kanak-kanak pendatang di sini, pada Khamis.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala usaha yang anda lakukan.
"Saya sedar bahawa tugas yang anda lakukan setiap hari ini adalah sukar dan berbahaya.
"Saya akan terus menyokong dan membantu dalam apa cara yang saya mampu," katanya ketika menemui kakitangan imigresen di pejabat Peronda Kastam dan Sempadan di Tucson, Arizona.
Melania, 48, yang berasal dari Slovenia memilih untuk memakai seluar putih dan baju hitam, bagi mengelakkan kontroversi yang berlaku pada lawatan pertamanya, baru-baru ini.
BACA: Jaket Melania Trump timbul kontroversi
BACA: Kenakan jaket berharga lebih AS$50,000, Melania Trump dikritik
Selain pejabat Peronda Kastam dan Sempadan, Melania turut mengadakan perbincangan meja bulat dengan Peronda Sempadan, Imigresen dan Penguatkuasa Kastam; Perkhidmatan Polis Amerika Syarikat dan peladang penternak tempatan, bagi mengetahui masalah yang mereka hadapi.
Menurut jurucakap Melania, Stephanie Grisham, wanita pertama itu mahu 'belajar' dari mereka yang berada di lapangan.
"Beliau (Melania) mahu kanak-kanak ini dijaga dengan baik ketika mereka sedang berhadapan dengan keadaan yang sukar," kata Grisham. - Agensi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Imigresen
#Kanak-kanak
#kastam
#Melania Trump
#pendatang
#sempadan
#Tucson
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan