awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS Memilih: Tindakan undang-undang baru sahaja bermula, kata Trump

Bernama
Bernama
07/11/2020
01:48 MYT
AS Memilih: Tindakan undang-undang baru sahaja bermula, kata Trump
Seorang penyokong Donald Trump dilihat memberi isyarat 'bagus' di Philadelphia, Pennsylvania, 6 Nov, 2020. REUTERS
WASHINGTON:Tindakan undang-undang membantah keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) di beberapa negeri yang menjadi medan pertempuran penting, baru sahaja bermula dan salah bagi calon presiden Demokrat Joe Biden untuk menuntut kemenangan sebelum masanya, kata Presiden Donald Trump.
"Prosiding undang-undang baru sahaja bermula!" tulis Trump di Twitter pada Jumaat petang.
Menurut Agensi Sputnik, presiden AS itu juga mengatakan Biden tidak sepatutnya melakukan kesilapan dengan mendakwa sudah berjaya merampas jawatan presiden, sambil menambah, beliau juga boleh membuat dakwaan yang sama.
Joe Biden should not wrongfully claim the office of the President. I could make that claim also. Legal proceedings are just now beginning!
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) November 6, 2020
Pada Khamis, kempen Trump mengemukakan tuntutan mahkamah terhadap Lembaga Pemilihan Daerah Philadelphia, mahu proses pengiraan dihentikan kecuali pemerhati Republikan dibenarkan masuk ke pusat penjumlahan undi.
Trump mendakwa berlakunya penipuan besar-besaran yang mempengaruhi keputusan selepas sekurang-kurangnya enam negeri kubu kuat Demokrat menghentikan pengiraan pada malam pilihan raya, apabila presiden AS itu mula mendahului di negeri berkenaan.
Sebaik pengiraan undi disambung semula, Biden dengan tidak semena-mena mendahului dan kemudian pemerhati tidak dibenarkan memantau proses itu.
Trump pada Jumaat berkata akan terus mengambil tindakan undang-undang dan tidak akan pernah berhenti berjuang untuk negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Joe Biden
#undang-undang
#pilihan raya
#presiden
#pilihan raya AS
#pilihan raya presiden
#Amerika Syarikat
#pemilihan
#calon
#mahkamah
#prosiding undang-undang
#penipuan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan