Salah satu menara pencakar langit tertinggi dunia, The Torch, terbakar di sini awal pagi tadi.

Kebakaran bermula di tingkat ke-50 pada menara kediaman bangunan itu dan merebak ke tingkat ke-70.

Keadaan diburukkan lagi dengan angin kencang, yang menyebabkan api cepat marak di menara setinggi 336.1 meter itu dan penduduk terpaksa dipindahkan berpindah ke menara bersebelahan.

Tiada kematian dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan itu dan berjaya dikawal selepas sejam setengah oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam.

Beratus-ratus penduduk pula dibenarkan kembali ke unit pangsapuri masing-masing.

Ini bukan kali pertama bangunan pencakar langit di Dubai terbakar.

Pada tahun 2012, menara 34-Tamweel di daerah Menara Tasik Jumeirah berdekatan terbakar disebabkan oleh putung rokok yang dibuang di dalam tong sampah di bangunan itu.