Suasana pilihan raya semakin memuncak di bandar raya ini dengan papan iklan dan poster kempen yang memaparkan gambar calon memenuhi segenap ruang di tepi-tepi jalan-jalan.
Trak pikap yang dilengkapi pembesar suara serta menampilkan poster besar menyusuri jalan menyebarkan pesanan, usaha serta aspirasi parti-parti bertanding menjelang pilihan raya umum Thailand Ahad ini.
Sejak beberapa minggu lalu, calon dan pemimpin parti membuat penampilan di pasar-pasar serta mengadakan ceramah dan perhimpunan selain majlis ramah mesra bagi menyampaikan mesej masing-masing dalam usaha memenangi hati dan jiwa rakyat.
Bagaimanapun segala aktiviti kempen akan tamat pada 6 petang (waktu tempatan) esok sebelum warga Thailand ke peti undi pada Ahad untuk menunaikan tanggungjawab bagi menentukan masa depan negara.
Ini merupakan pilihan raya pertama dalam tempoh lapan tahun selepas tentera mengambil alih pentadbiran Thailand melalui rampasan kuasa.
Persoalan yang bermain di fikiran setiap orang ialah sama ada pilihan raya yang ditunggu-tunggu ini akan menandakan bermulanya demokrasi.
Rampasan kuasa oleh tentera bukan perkara baharu bagi rakyat Thailand.
Lebih 51 juta pengundi termasuk 7.33 juta pemilih pertama kali dijangka membuang undi pada hujung minggu ini untuk memilih 500 wakil ke Parlimen dengan 350 dipilih secara langsung menerusi pilihan raya kawasan sementara baki 150 akan dipilih melalui senarai parti.
Penganalisis politik menjangka jumlah pengundi yang keluar pada Ahad ini akan mencatat sejarah sebagai yang tertinggi sejak 2007 berikutan wujud perubahan ketara dari segi harapan dan juga penyertaan parti politik pada pilihan raya kali ini.
"Rakyat Thai benar-benar mahukan perubahan," kata pensyarah di Pusat Penyelidikan Komuniti ASEAN, Naresuan University Dr Paul Chambers kepada Bernama.
Beliau yang membuat anggaran itu berdasarkan jumlah pengundi awal yang keluar mengundi pada 17 Mac lepas, berkata pada pilihan raya umum 2007 yang juga diadakan semasa pemerintahan tentera, jumlah pengundi yang keluar mencecah 75 peratus.
Sementara itu, Chambers berkata Phue Thai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra berkemungkinan besar akan memenangi pilihan raya Ahad ini namun tidak mempunyai angka 'ajaib' 376 kerusi bagi membentuk kerajaan.
"Jika tiada parti berjaya membentuk kerajaan, tentera akan terus menjadi 'kerajaan sementara' sehingga pilihan raya baharu diadakan mungkin pada 2020.
"Kesimpulannya, hampir kesemua senario selepas pilihan raya memihak kepada tentera. Ini adalah 'permainan' mereka yang diatur menerusi perlembagaan dan mereka tidak akan menyerahkan kuasa dengan mudah," katanya.
Berdasarkan perlembagaan baharu, perdana menteri baharu akan dipilih oleh 750 anggota Parlimen iaitu 500 anggota Dewan Perwakilan dan 250 anggota Dewan Senat.
Sesebuah parti politik perlu menang 376 kerusi susulan sistem pemilihan baharu bagi membolehkannya melantik perdana menteri.
Menurut perlembagaan baharu, kesemua 250 anggota Senat dilantik oleh tentera. Sebelum ini hanya anggota Dewan Perwakilan mengundi untuk memilih perdana menteri.
Seramai 68 orang bertanding untuk jawatan perdana menteri kali ini termasuk Perdana Menteri semasa yang juga Ketua Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman Jen Prayuth Chan-o cha (Parti Palang Pracharat).
Calon lain termasuk bekas perdana menteri dari 2009 hingga 2011 Abhisit Vejjajiva (Demokrat), Khunying Sudarat Keyuraphan, Chadchart Sittipunt dan Chaikasem Nitisiri (calon-calon Pheu Thai) sertaThanatorn Juangroongruangkit (Future Forward).
Survei oleh Kolej Inovasi Sosial Rangsit University menyatakan Prayut berkemungkinan besar menjadi perdana menteri dengan populariti tertinggi pada 29.3 peratus, diikuti Abhisit (17.7 peratus) dan Khunying (14.7 peratus).
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan 86.98 peratus daripada 2.6 juta pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka pada 17 Mac lepas.
Chambers berkata jumlah undi yang sangat tinggi bagi Phue Thai dan sekutunya berkemungkinan besar mendorong perubahan rejim.
"Namun jika jumlah yang keluar mengundi kurang dan parti rejim Palang Pracharat pula memiliki kelebihan dari segi perlembagaan berbanding parti-parti lain, maka keputusannya adalah sama ada Palang Pracharat akan menang atau tentera akan terus berkuasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2019
Suasana pilihan raya semakin memuncak di bandar raya Bangkok dengan poster kempen memaparkan gambar calon memenuhi segenap ruang. -Reuters
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.