awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Jerman dipercayai bunuh diri kerana tertekan impak COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
30/03/2020
00:47 MYT
Menteri Jerman dipercayai bunuh diri kerana tertekan impak COVID-19
Thomas Schaefer ditemukan tidak bernyawa berhampiran landasan kereta api pada Sabtu dipercayai akibat bunuh diri. -Wikipedia
Seorang menteri di Jerman dijumpai maut dipercayai akibat membunuh diri ekoran kebimbangan melampau terhadap COVID-19.
Ketua Menteri Kewangan Hasse, Thomas Schaefer, 54, dijumpai dijumpai tidak bernyawa berhampiran landasan kereta api pada Sabtu.
Mendiang dipercayai membunuh diri kerana terlalu bimbang tentang cara untuk menangani krisis ekonomi susulan impak daripada pandemik COVID-19.
Pejabat Pendakwaan Wiesbaden dalam satu kenyataan berkata kes dipercayai tiada kaitan dengan perbuatan jenayah.
Ketua Menteri Hasse, Volker Bouffier menyifatkan perkara itu amat menyedihkan dan terkejut dengan perkembangan itu.
Menurut Bouffier, Schaefer yang berkhidmat selama 10 tahun sebagai ketua kewangan di Hasse berhempas-pulas membantu syarikat dan pekerja yang terkesan dengan pandemik tersebut.
Sebelum ini, Schaefer daripada parti pimpinan Angela Merkel, Parti Demokrat Kristian (CDU) disebut sebagai pengganti kepada Bouffier.
Mendiang meninggalkan seorang balu dan dua anak.

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.

 Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders. Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri. Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan. Panggilan adalah percuma. 

Topic Berkaitan
#bunuh diri
#COVID-19
#ekonomi
#Ketua Menteri
#koronavirus
#Thomas Schaefer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan