HANOI: Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan semula komitmen mereka untuk memastikan pelaksanaan penuh dan berkesan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) semasa Pemukiman Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMMR) yang diadakan di Phnom Penh, Kemboja, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).
Pemukiman itu diadakan secara bersemuka dan dalam talian dari 16 hingga 17 Februari.
Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja Prak Sokhonn semasa sidang akhbar selepas AMMR pada Khamis berkata, para menteri mengulangi kepentingan memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN dan perdagangan intra-blok.
Ia turut merangkumi ketersambungan pelaburan dan rantaian bekalan untuk meningkatkan daya saing, hubungan dan daya tahan rantau ini seperti yang dinyatakan dalam Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN 2025.
Sokhonn berkata RCEP berkuat kuasa pada Januari dan Menteri Luar ASEAN digalak mengesahkan komitmen mereka untuk melaksanakan perjanjian itu sepenuhnya dan berkesan untuk meningkatkan daya tarikan ASEAN dalam perdagangan, pelaburan dan rantaian bekalan global, tambah VNA.
RCEP ditandatangani oleh 10 anggota ASEAN dan lima rakan kongsinya China, Jepun, Australia, New Zealand dan Republik Korea pada November 2020. Dengan pasaran kira-kira 2.3 bilion orang merangkumi kira-kira 30 peratus daripada populasi global, RCEP dianggap sebagai perjanjian perdagangan bebas terbesar semasa di dunia.
Negara-negara RCEP juga membentuk 33.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dan 30 peratus daripada perdagangan global.
Selari dengan RCEP, para menteri turut membincangkan langkah-langkah untuk mengukuhkan pemulihan ekonomi pasca-pandemik rantau ini, katanya.
Mereka juga membincangkan operasi Dana Respons COVID-19 ASEAN, dan menekan bahawa pelaksanaan Koridor Perjalanan ASEAN yang tepat pada masanya akan mewujudkan keadaan yang menggalakkan untuk aktiviti rentas sempadan dan peningkatan pertukaran ekonomi di kalangan negara anggota, katanya.
Menurut VNA, Sokhonn juga menambah bahawa para menteri berkongsi pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, dan menekankan komitmen bersama mereka terhadap mekanisme pelbagai hala yang terbuka dan komprehensif berdasarkan undang-undang untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan mampan di dalam dan di luar rantau ini.
Bagi mencapai matlamat itu, para menteri bersetuju mengenai keperluan untuk mengukuhkan peranan utama dan perpaduan persatuan itu dalam komitmen dengan rakan kongsi luar melalui mekanisme yang diterajui ASEAN untuk membina kepercayaan bersama dan membina acuan serantau dengan ASEAN memainkan peranan utama, kata Sokhonn.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022

RCEP ditandatangani oleh 10 anggota ASEAN dan lima rakan kongsinya China, Jepun, Australia, New Zealand dan Republik Korea pada November 2020. - Gambar hiasan

Adam Radlan berdepan enam lagi kes AMLA
Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, kerajaan berharap
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
AWANI Ringkas: SPRM sedia beri justifikasi | Agihan subsidi perlu pendekatan baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Curi Honda City di pusat cuci kenderaan, lelaki dipenjara setahun
Seorang lelaki yang tular mencuri sebuah kereta jenis Honda City Hatchback di premis cuci kenderaan minggu lalu, dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Keputusan rayuan Isa Samad pada 31 Januari 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Januari tahun depan, untuk menyampaikan keputusan dalam rayuan yang dikemukakan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.
Fahamkan rakyat tentang IDN dan e-invois - YB Arau
"Kita minta supaya kerajaan terang kepada rakyat, banyak yang tak faham, beri faham dahulu baru kita laksanakan," kata YB Arau.
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"Sistem e-invois akan diperkenalkan pada 1 Januari 2024, sempatkah rakyat Malaysia difahamkan dan buat persediaan?" tambahnya.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat

Agong, Putera Albert II lawat pusat konservasi Harimau Malaya, gajah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Monaco Putera Albert II berkenan melawat dua pusat konservasi haiwan yang terletak di Lanchang.

Budaya jual vape tanpa kira umur sukarkan usaha kawal jual beli
Budaya peniaga yang menjual produk merokok, seperti rokok elektronik atau vape kepada pembeli tanpa mengira umur, menyukarkan usaha kerajaan untuk mengawal penjualan dan pembelian.
SPRM sedia kemuka justifikasi isu akaun Aman Palestin
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk mengemukakan justifikasi kepada mahkamah berikutan isu pembekuan aset Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aman Palestin.

Indeks perdagangan luar negara naik sedikit pada Oktober - Jabatan Perangkaan
Harga eksport Malaysia pada Oktober 2023 meningkat 1.2 kepada 146.4 mata peratus daripada 144.6 mata pada bulan sebelumnya.

Konflik Myanmar: Menteri-menteri Luar ASEAN seru penghantaran pulang rakyat
Menteri-menteri luar ASEAN secara kolektif menggesa semua pihak di Myanmar untuk membolehkan penghantaran pulang rakyat dari negara ASEAN yang terperangkap di tengah-tengah konflik.

Kejayaan SAS dan SIBS 2023 buka ruang Selangor sebagai hab pelaburan serantau
SAS 2023 yang dianjurkan pada 7 hingga 9 September berjaya mencatat sebanyak RM823 juta potensi nilai transaksi.

Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Oktober tahun ini lepasi paras RM2 trilion - MITI
Perdagangan Malaysia melepasi paras RM2 trilion bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

ASEAN iktiraf usaha Malaysia tangani penyebaran maklumat palsu
ASEAN mengiktiraf usaha-usaha Malaysia untuk membanteras maklumat palsu dengan mendedahkan latihan berkaitan fact-checking kepada orang ramai.

Ketelusan, akauntabiliti wajar ditegakkan dalam memulihkan fungsi PBB - ASEAN
ASEAN menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegakkan prinsip ketelusan dan akauntabiliti untuk memulihkan fungsi Perhimpunan Agung bagi meningkatkan keberkesanan PBB secara keseluruhan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

ASEAN alami 27 bencana sepanjang minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 27 bencana sepanjang minggu lepas yang memberi kesan kepada Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam, menurut laporan mingguan terkini Pusat AHA.

Wujudkan Akta Perhubungan Palestin, sokongan daripada negara veto - Penganalisis
Akta tersebut perlu digazetkan di setiap Dewan Perundangan negara-negara terlibat sebagai Akta Khas berkaitan Kedaulatan Palestin.

Pertemuan PM Jepun, Malaysia detik bersejarah - Fahmi
Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida hari ini menjadi detik cukup bersejarah.

Malaysia paling agresif tekan keperluan tidak bergantung kepada dolar AS - PM
China antara paling aktif menyambut usaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap dolar AS, selain proses rundingan sedang berjalan antara Malaysia, Vietnam dan Kemboja.