APTN
Tue Feb 13 2018
Menteri Luar Belanda Halbe Zijstra umum letak jawatan sehari selepas mengaku menipu mengenai satu mesyuarat dihoskan Presiden Rusia, Vladimir Putin. - Foto AP
Menipu mengenai satu majlis rasmi lebih sedekad lalu, tetapi dalam tempoh tidak sampai 48 jam, Menteri Luar Belanda terima padah perbuatannya itu.
Sehari selepas mengaku berbohong mengenai kehadirannya pada satu mesyuarat di Rusia pada 2006, Halbe Zijstra ambil keputusan letak jawatan.
Pengumuman penuh emosi oleh Zijstra dibuat di Parlimen, sejurus sebelum sesi bahas bermula, di mana beliau sudah menjangkakan akan dibidas oleh pembangkang mengenai penipuannya itu.
Ia turut disaksikan Perdana Menteri, Mark Rutte.
Zijlstra, merupakan anggota VVD, sebuah parti berhaluan tengah kanan pimpinan Rutte, yang berjaya membentuk kuasa di Belanda Oktober lepas.
Sepanjang tempoh itu, beliau jadi menteri pertama dalam kabinet Rutte yang letak jawatan.
Peletakan jawatannya menyusul sehari sebelum beliau dijadual bertemu rakan sejawatannya dari Rusia, Sergey Lavrov di Moscow.
Sebelum ini, Zijlstra membuat kenyataan bahawa beliau pernah hadir dalam pertemuan di rumah persinggahan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada tahun 2006.
Ketika mesyuarat itu, Putin mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menganggap Belarus, Ukraine and negara-negara Balkan sebagai sebahagian daripada "Greater Russia."
Pada Selasa, Zijlstra tampil mengaku bahawa beliau berbohong dan tidak hadir di majlis itu sebaliknya mendengar ucapan Putin itu daripada pihak lain.
Mengikut jadual, Ziljstra yang menjawat jawatan Menteri Luar Belanda sejak empat bulan lalu itu sepatutnya bakal bertemu dengan rakan sejawatnya Lavrov di Moscow hari ini.
Setakat ini belum ada pengumuman mengenai siapa pengganti Ziljstra.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Menteri Luar Belanda letak jawatan sehari selepas mengaku menipu
Menteri Luar Belanda, Halbe Ziljstra meletak jawatan pada Selasa selepas mengaku menipu mengenai kehadirannya dalam satu mesyuarat yang dihoskan Presiden Rusia, Vladimir Putin.