INTERNATIONAL
Menteri Luar Israel isytihar Guterres sebagai "persona non grata", larang masuk Israel

Menteri Luar Israel, Yisrael Katz mengisytiharkan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres (foto) sebagai "persona non grata" di Israel dan melarangnya memasuki negara itu. - Gambar fail/REUTERS
TEL AVIV: Menteri Luar Israel, Yisrael Katz mengisytiharkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebagai "persona non grata" di Israel dan melarangnya memasuki negara itu, dengan mendakwa bahawa beliau tidak "mengutuk secara mutlak" serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Israel pada Rabu, Katz menyatakan bahawa "sesiapa yang tidak dapat mengutuk secara mutlak serangan Iran ke atas Israel tidak layak menjejakkan kaki di tanah Israel. Ini adalah seorang Setiausaha Agung yang membenci Israel dan telah memberi sokongan kepada pengganas. Guterres akan dikenang sebagai noda abadi dalam sejarah PBB."
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami