awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Jepun adakan lawatan mengejut ke Ukraine

Bernama
Bernama
09/09/2023
10:19 MYT
Menteri Luar Jepun adakan lawatan mengejut ke Ukraine
Hayashi bertafakur sewaktu membuat kunjungan ke sebuah gereja di Bucha, bandar di pinggir Kyiv, Ukraine. - Foto Kyodo News via AP
TOKYO: Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi membuat lawatan mengejut ke Ukraine bagi menzahirkan sokongan kepada Kiev dalam perjuangannya menentang Rusia, menurut kementerian itu pada Sabtu.
Jepun menyertai Barat dalam menyokong Ukraine dan mengenakan sekatan ke atas Rusia.
Ia merupakan lawatan pertama menteri luar Jepun ke Ukraine sejak Moscow melancarkan operasi ketenteraan berskala penuh pada Februari 2022, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hayashi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine Dmytro Kuleba pada Sabtu dan mengemukakan rancangan Jepun untuk persidangan mempromosikan pembinaan semula ekonomi Ukraine, dijangka berlangsung lewat tahun ini atau awal tahun depan.
Hayashi ditemani wakil perniagaan Jepun semasa lawatannya ke Ukraine, menurut Kementerian Luar.
Beliau telah berkunjung ke Jordan, Mesir, Arab Saudi dan Poland pada awal minggu ini untuk bertemu dengan rakan sejawatannya dan perdana menteri negara berkenaan.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida sebelum ini telah melakukan lawatan mengejut ke Kiev pada Mac sebelum sidang kemuncak G7 di Hiroshima.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Hayashi
#konflik Rusia-Ukraine
#Menteri Luar Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan