Mercun: Udara di ibu negara India bertukar toksik

Jerebu toksik menyelubungi New Delhi dan kawasan-kawasan sekitar ibu negara itu selepas kemeriahan sambutan pada Isnin malam. - Gambar hiasan/Bernama
NEW DELHI: Kualiti udara di ibu negara India dan beberapa bandar lain merosot selepas berjuta-juta penduduk meraikan perayaan Diwali (Deepavali) dengan membakar mercun.
Jerebu toksik menyelubungi New Delhi dan kawasan-kawasan sekitar ibu negara itu selepas kemeriahan sambutan pada Isnin malam.
Indeks kualiti udara (AQI) Delhi, yang mengukur jirim zarahan halus berukuran 2.5 mikrometer atau kurang diameter (PM2.5), mencecah paras 360 pada pagi Selasa - tahap yang dianggap berbahaya kepada kesihatan sistem pernafasan.
Ibu negara India itu, yang sekian lama bergelut dengan masalah pencemaran udara kronik, mengalami peningkatan mendadak tahap PM2.5 setiap kali sambutan Diwali akibat penggunaan mercun secara meluas.Pencemaran udara meningkat berkali ganda antara petang dan malam Isnin, manakala jerebu kelabu menjejaskan jarak penglihatan pada Selasa.
Beberapa insiden kebakaran yang dikaitkan dengan penggunaan mercun turut dilaporkan di seluruh India.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami