awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedah sasar lebih tujuh juta pelancong sempena TMM2026
VM2026: Malaysia perlu beralih daripada kuantiti kepada kualiti pelancong - MiTDA
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab pada 4 Mac bincang pembinaan semula Gaza

Bernama
Bernama
18/02/2025
14:25 MYT
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab pada 4 Mac bincang pembinaan semula Gaza
Kementerian Luar Mesir menyatakan tarikh baharu ditetapkan dengan kerjasama Bahrain, selaku pengerusi semasa Liga Arab, dan selepas rundingan dengan negara-negara Arab.
KAHERAH: Mesir pada Selasa mengesahkan bahawa ia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Tergempar Arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Sidang kemuncak itu pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari tetapi ditangguhkan ke 4 Mac "bagi melengkapkan persiapan logistik," menurut Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan.
Kementerian itu menyatakan tarikh baharu ditetapkan dengan kerjasama Bahrain, selaku pengerusi semasa Liga Arab, dan selepas rundingan dengan negara-negara Arab.
Sidang kemuncak ini diadakan susulan cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk mengambil alih Gaza dan memindahkan penduduk Palestin di wilayah lain, dengan menyatakan hasrat membangunkannya sebagai "Riviera Timur Tengah."
Pada Ahad, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengesahkan bahawa negaranya sedang merangka pelan pemulihan Gaza secara menyeluruh tanpa memindahkan rakyat Palestin.
Cadangan Trump untuk memindahkan rakyat Palestin itu ditolak oleh dunia Arab serta banyak negara lain, yang menyifatkannya sebagai satu bentuk pembersihan etnik.
Idea kontroversi itu muncul di tengah-tengah gencatan senjata yang berkuat kuasa di Gaza sejak 19 Jan, yang menghentikan serangan Israel yang telah mengorbankan hampir 48,300 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta memusnahkan wilayah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesir
#sidang kemuncak
#Gaza
#Palestin
#Liga Arab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan