Skip to main content

Dunia

Mesir, Arab Saudi tegaskan penyelesaian adil, komprehensif isu Palestin

61660488994_FattahElSisi.jpg
Abdel Fattah El-Sisi (gambar) dan Putera Mohammed bin Salman membuat kenyataan dalam pertemuan di Kaherah sempena lawatan kerja Putera Mahkota Arab Saudi ke Mesir. - Gambar fail
Advertisement

KAHERAH: Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman pada Selasa menegaskan semula keperluan bagi penyelesaian yang adil dan komprehensif berasaskan penyelesaian dua negara serta keabsahan antarabangsa, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) yang memetik Perkhidmatan Maklumat Negara Mesir.

Kedua-dua pemimpin membuat kenyataan itu dalam pertemuan di Kaherah sempena lawatan kerja Putera Mahkota Arab Saudi ke Mesir.

Kedua-dua pemimpin menegaskan persamaan pendirian Mesir dan Arab Saudi mengenai perjuangan Palestin serta menekankan keperluan melaksanakan kewajipan fasa kedua pelan damai Presiden Amerika Syarikat (AS) dan Resolusi 2803 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Pada masa sama, mereka turut menekankan keperluan memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan dalam jumlah yang mencukupi ke Semenanjung Gaza serta menamatkan pelanggaran Israel di Semenanjung Gaza yang berdepan genosid, Tebing Barat yang diduduki dan Baitulmuqaddis Timur.

-- BERNAMA-WAFA

Must Watch Video

Advertisement