KERAJAAN Mesir telah membina 'zon keselamatan terpencil' di timur Gurun Sinai yang bersempadan dengan Genting Gaza yang berfungsi sebagai zon penampan bagi pelarian Palestin jika mereka dipaksa keluar dari Rafah oleh tentera Israel, lapor Middle East Eye.
Kumpulan kontraktor tempatan memberitahu kumpulan hak asasi manusia bahawa kerja pembinaan telah diserahkan kepada Sons of Sinai Construction and Building Company, syarikat dimiliki ahli perniagaan Ibrahim al-Arjani.
Ibrahim adalah bekas panglima daripada suku Tarabin di utara Sinai dan juga mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Presiden Mesir, Abdel Fatah el-Sisi.
Difahamkan kerja pembinaan itu bertujuan mewujudkan kawasan dikelilingi temboh setinggi tujuh meter dan pembinaannya dijangka siap dalam tempoh 10 hari dan diselia Pihak Berkuasa Kejuruteraan Angkatan Tentera Mesir, dan dikawal ketat.
"Pagi ini Yayasan Sinai untuk Hak Asasi Manusia memantau pembinaan tembok konkrit setinggi tujuh meter yang bermula dari kampung Goz Abu Waad di selatan bandar Rafah dan menuju ke arah Laut Mediterrean dan selari dengan sempadan Genting Gaza," kata yayasan tersebut.
Pembinaan itu dibuat ketika kebimbangan situasi buruk yang semakin meningkat di Gaza yang menyebabkan lebih 28,000 orang awam maut dan penghijrahan besar-besaran rakyat Palestin ke sempadan Mesir.
Awal bulan ini, wartawan Mesir Ahmed el-Madhoun berkongsi video yang menunjukkan pekerja sedang memperkemaskan tembok keselamatan yang memisahkan Mesir dan Gaza.
Sejak meletusnya konflik Hamas-Israel pada 7 Oktober lalu, terdapat beberapa cadangan Israel dilaporkan dalam media yang memperincikan rancangan mereka untuk menghalau penduduk Palestin Gaza ke Mesir, yang telah ditolak oleh Kaherah. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Fri Feb 16 2024
Kerja pembinaan tembok sempadan oleh Mesir sedang giat dijalankan. - Gambar/ Sinai Foundation for Human Rights
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Palang Merah buka hospital medan di Rafah
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa mengumumkan pembukaan sebuah hospital medan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan kapasiti 60 katil.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kenderaan tentera, kereta kebal dan pesawat juga boleh dilihat bergerak dan berusaha meneruskan perjalanan merentasi debu tebal.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata.
Tentera Israel adakan latihan tembakan di Golan Heights
Latihan itu berlaku ketika pertempuran semakin memuncak di pinggir Rafah dengan kerahan tentera Israel semakin bertambah.
Serangan ke atas Rafah diperhebat oleh tentera Israel
Terbaharu kereta kebal Israel dilihat menembak ke arah selatan bandar Rafah yang sesak pada Rabu.
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
Malaysia kecam serangan di Rafah yang membunuh 19 orang
Wisma Putra menegaskan serangan ini jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.