awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jabatan Kehakiman AS dedah lebih tiga juta dokumen baharu kes Epstein
Trump lantik Kevin Warsh terajui Rizab Persekutuan AS
Wartawan Don Lemon ditahan berhubung liputan protes ICE di Minnesota
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir dapatkan semula 17 artifak purba dari Australia

Bernama
Bernama
28/11/2025
04:35 MYT
Mesir dapatkan semula 17 artifak purba dari Australia
Timbalan Menteri Luar Mesir Nabil Habashi menyambut baik keputusan kerajaan Australia untuk menyerahkan artifak berkenaan kepada Mesir. - Gambar hiasan/AP
KAHERAH/ISTANBUL: Mesir pada Khamis memaklumkan bahawa negara itu telah mendapatkan semula 17 artifak yang berasal daripada pelbagai tamadun Mesir purba dari Australia, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir berkata Timbalan Menteri Luar Nabil Habashi telah bertemu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Imigresen dan Kesenian Australia Tony Burke dan menandatangani dokumen berkaitan pemulangan 17 artifak Firaun yang jarang ditemui kepada Mesir.
Kementerian itu tidak memperincikan maklumat mengenai artifak berkenaan atau bagaimana ia dibawa keluar dari Mesir.
Habashi menyambut baik keputusan kerajaan Australia untuk menyerahkan artifak berkenaan kepada Mesir.
Beliau berkata keputusan itu dibuat pada waktu yang penting, bertepatan dengan ulang tahun ke-75 penubuhan hubungan diplomatik antara Mesir dan Australia.
Keputusan itu merupakan "hasil daripada usaha susulan oleh Kedutaan Mesir di Canberra dan Konsulat Jeneral di Sydney, dengan penyelarasan bersama Kementerian Pelancongan dan Antikuiti, berhubung satu kes yang sedang melalui proses kehakiman di Australia sejak 2019," menurut kenyataan itu.
Kes itu berakhir dengan keputusan Mahkamah Tinggi Australia pada 3 Sept 2025 yang memerintahkan kerajaan Australia merampas 17 artifak berkenaan - yang berada dalam pemilikan sebuah syarikat swasta - dan memulangkannya kepada negara asalnya.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Mesir
#artifak purba
#Australia
#Sydney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan