KUALA LUMPUR: Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
Jawatan presiden ini akan bermula pada bulan ini dengan Mesir sudah menetapkan agenda tumpuan untuk tempoh berkenaan, menurut kenyataan yang dikongsi oleh kedutaan negara itu di sini kepada Bernama.
Di bawah kepimpinan Pembantu Menteri Luar Mesir untuk Hal Ehwal Ekonomi Multilateral Antarabangsa dan Serantau, Raji Al-Etreby, negara itu merancang untuk memberi keutamaan kepada pemerkasaan wanita dan belia melalui sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat juga akan diperluaskan untuk memupuk pembangunan dan meningkatkan perdagangan.
Mesir berhasrat untuk menubuhkan rangkaian institut latihan diplomatik di seluruh negara anggota D8, bersama-sama rangkaian pusat penyelidikan ekonomi, yang menyasarkan untuk mempromosikan lagi kerjasama serta penyelidikan dalam pendidikan dan ekonomi dalam kalangan negara-negara anggota.
Mesir akan meneruskan pembangunan sebuah pusat PKS dan dana pembiayaan projek berfokuskan kelestarian yang akan mendorong pelancongan mampan dan usaha pemeliharaan warisan.
Antara tugas kritikal Mesir selaku presiden ialah untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan keutamaan dalam kalangan negara-negara D8, yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan mempertingkatkan peranan sektor swasta dalam pertukaran ekonomi, kata kenyataan itu.
Ditubuhkan pada tahun 1997 dan beribu pejabat di Istanbul, Turki, D8 termasuk Mesir, Turki, Indonesia, Malaysia, Nigeria, Bangladesh, Pakistan, dan Iran.
Pertubuhan ini memberi tumpuan kepada meningkatkan kerjasama ekonomi, memperbaiki taraf hidup, dan menyelaraskan dasar ekonomi antarabangsa dalam kalangan ahlinya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Malaysia sertai Persidangan Kaherah Peringkat Menteri berhubung krisis Gaza
Persidangan itu dianjurkan secara bersama oleh Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion - MITI
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion (US$1.1 bilion).
Anwar undang bekas Mufti Mesir, teruskan kesinambungan pengajian turath Islami
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang tokoh ulama yang juga bekas Mufti Mesir Syeikh Prof Ali Jum'ah ke Malaysia.
Dasar Ekonomi Madani mampu pacu ekonomi Malaysia - PM Anwar
Perincian Dasar Ekonomi Madani yang jelas mampu memacu ekonomi Malaysia di peringkat global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia hargai usaha Mesir sokong negara sebagai rakan BRICS
Selain BRICS, pertemuan dengan Abdel Fattah turut menyentuh pelbagai perkara dalam usaha memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara.
PM berangkat ke Mesir, lawatan rasmi jemputan Abdel Fattah El-Sisi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Kaherah, Mesir bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Abdel Fattah El Sisi pada Sabtu.
WUF12: Demi pembangunan mampan, Malaysia seru lebih banyak kerjasama awam, swasta
Malaysia menyeru komuniti global untuk melakukan lebih banyak kerjasama antara masyarakat, swasta dan awam (4P) dalam usaha membangunkan bandar dan komuniti yang mampan.
Rumah Malaysia dilancarkan, jadi perhatian di WUF12
Pavilion negara di World Urban Forum (WUF12) Kaherah dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada Isnin.
Anggota Fatah optimis perbincangan bentuk jawatankuasa bersama tadbir Gaza
Mesir menjadi tuan rumah rundingan pada Sabtu untuk membincangkan pembentukan jawatankuasa bersama bagi mentadbir Gaza selepas konflik.