awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir kutuk kenyataan Menteri Israel, seru tindakan global lindungi rakyat Palestin

Bernama
Bernama
08/08/2024
23:00 MYT
Mesir kutuk kenyataan Menteri Israel, seru tindakan global lindungi rakyat Palestin
Mesir mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Kewangan Israelyang menyatakan untuk membiarkan dua juta penduduk di Semenanjung Gaza maut akibat kebuluran, dengan menyifatkannya sebagai "memalukan dan tidak dapat diterima." - Gambar fail REUTERS
KUALA LUMPUR: Mesir mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich yang menyatakan untuk membiarkan dua juta penduduk di Semenanjung Gaza maut akibat kebuluran, dengan menyifatkannya sebagai "memalukan dan tidak dapat diterima."
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, Kementerian Luar Negeri Mesir menekankan bahawa nyawa dan keselamatan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza adalah tanggungjawab negara pendudukan di bawah undang-undang antarabangsa.
Ia menyatakan bahawa kenyataan itu merupakan pelanggaran yang jelas terhadap peraturan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan empat Konvensyen Geneva, yang mewajibkan Israel, sebagai kuasa pendudukan, menyediakan kehidupan yang selamat dan keperluan asas bagi rakyat Palestin yang dijajah.
"Mesir juga menganggap kenyataan tidak bertanggungjawab itu sebagai hasutan yang tidak boleh diterima terhadap penduduk Semenanjung Gaza dan percubaan untuk mengelak pelaksanaan langkah-langkah interim yang dituntut oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) daripada Israel," menurut kenyataan itu.
Kementerian luar negeri berkata, Mesir mengingatkan masyarakat antarabangsa bahawa intipati dan asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa telah ditubuhkan selama beberapa dekad untuk memerangi dan mencegah amalan yang menjejaskan maruah manusia.
Mesir menyeru usaha antarabangsa yang berkesan untuk menamatkan penderitaan orang awam di Gaza, memastikan piawaian undang-undang dan etika minimum untuk peperangan ditegakkan, menurut kenyataan itu.
Kenyataan kontroversi oleh Smotrich dibuat semasa ucapan di persidangan pada Isnin, apabila beliau mencadangkan bahawa kelaparan dua juta orang di Gaza sehingga mati boleh dianggap adil dan bermoral. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Mesir kutuk Israel
#Bezalel Smotrich
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan