awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir seru penyelesaian mata wang tempatan dalam kalangan negara BRICS

Bernama
Bernama
23/10/2024
12:50 MYT
Mesir seru penyelesaian mata wang tempatan dalam kalangan negara BRICS
Mesir adalah satu daripada empat negara yang secara rasmi menyertai kumpulan ekonomi BRICS pada Januari lepas. - Foto: Sergey Bobylev
ANKARA: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, pada Rabu menggesa negara BRICS untuk melaksanakan penyelesaian kewangan menggunakan mata wang tempatan, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Mesir menegaskan kepentingan memajukan kerangka kerjasama dalam bidang penyelesaian kewangan menggunakan mata wang tempatan, dan memanfaatkan kelebihan perbandingan yang dimiliki oleh negara anggota untuk melancarkan projek ekonomi, pelaburan, dan pembangunan bersama," kata Sisi dalam ucapan di sidang kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.
Pemimpin Mesir itu menyuarakan sokongan terhadap Majlis Perniagaan BRICS, termasuk Pakatan Perniagaan Wanita, "bagi meningkatkan kerjasama antara sektor swasta dan pemilik perniagaan di negara anggota," sebagai kunci untuk mencapai pembangunan mampan.
Sisi berkata Mesir berharap dapat memperkukuh kerjasama dalam kalangan negara anggota BRICS "untuk menangani cabaran antarabangsa bersama" seperti kemiskinan, perubahan iklim, dan keselamatan makanan.
Mesir adalah satu daripada empat negara yang secara rasmi menyertai kumpulan ekonomi BRICS pada Januari lepas.
Sidang kemuncak itu dihadiri oleh 22 ketua negara dan enam ketua organisasi antarabangsa, termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.
Sidang kemuncak selama tiga hari itu melibatkan anggota lama seperti Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan -- sumber nama kumpulan itu -- serta anggota baharu termasuk Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesir
#mata wang tempatan
#BRICS
#Kazan
#sidang kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan