Skip to main content
Advertisement

Dunia

Mesyuarat PBB: Jepun gesa pelayaran bebas dan selamat di Asia Barat

Toshimitsu Motegi
Mesyuarat di New York itu diadakan di tengah-tengah kebimbangan pasaran tenaga, yang terjejas akibat penutupan efektif arteri perdagangan Selat Hormuz. - Gambar fail/Reuters
Advertisement

NEW YORK: Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi menggesa agar kebebasan pelayaran di laluan air utama Asia Barat dikekalkan, pada satu mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rabu, lapor Kyodo News.

Mesyuarat di New York itu menghimpunkan diplomat serta pegawai kanan daripada 53 negara dan pertubuhan.

Ia diadakan di tengah-tengah kebimbangan pasaran tenaga, yang terjejas akibat penutupan efektif arteri perdagangan Selat Hormuz susulan konflik antara Amerika Syarikat-Israel dengan Iran, mungkin berdepan tekanan tambahan sekiranya berlaku gangguan di Selat Bab el-Mandeb yang dianggap sebagai laluan alternatif.

Menurut Kementerian Luar Jepun, perjumpaan yang dipengerusikan bersama oleh enam negara dan satu pertubuhan, termasuk Jepun dan Kesatuan Eropah itu, menyatakan sokongan terhadap usaha memulihkan kebebasan dan keselamatan pelayaran di Selat Hormuz.

-- BERNAMA-KYODO

 

 

Must Watch Video

Advertisement