MOSCOW: Sekurang-kurangnya 16 terbunuh dalam serangan oleh kumpulan bersenjata yang tidak dikenali di negeri Guanajuato di tengah Mexico, lapor Sptunik memetik kenyataan pejabat pendakwa pada Ahad.

"Pejabat Pendakwa Guanajuato mengecam kejadian di bandar Salvatierra dan Salamanca pada pagi Ahad dengan masing-masing 12 dan empat kematian dilaporkan setakat ini," kata Pejabat Pendakwa raya di X.

Media melaporkan bahawa di Salvatierra satu kumpulan bersenjata menyerang golongan berusia 17 hingga 30 tahun yang sedang bercuti di sebuah hotel.

Selain yang dilaporkan maut, 12 lagi dirawat di hospital dengan dua daripadanya cedera parah. - BERNAMA