awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, RON97 dan RON95 kekal
SARA: Kerajaan teliti perluas barangan boleh dibeli termasuk makanan sejuk beku
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mexico terima 1.35 juta dos vaksin Johnson & Johnson dari AS

Astro Awani
Astro Awani
15/06/2021
22:38 MYT
Mexico terima 1.35 juta dos vaksin Johnson & Johnson dari AS
Warga emas menerima vaksin AstraZeneca bagi melindungi diri dari COVID-19, di stadium Olimpico Universitario, Mexico City, Mexico, 12 April, 2021. - Gambar fail REUTERS
MEXICO menerima sejumlah 1.35 juta dos vaksin Johnson & Johnson yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.
Menurut pihak berkuasa, selepas selesai menerima suntikan vaksin, sekatan sempadan antara dua negara itu tidak akan diteruskan.
Bekalan vaksin yang dihantar AS itu membolehkan rakyat Mexico berusia 18 tahun ke atas menerima suntikan di empat bandar utama - Tijuana, Mexicali, Ciudad Juárez dan Reynosa.
Mexico sebelum ini mensasarkan untuk memvaksinasi rakyatnya selaras dengan bandar-bandar di AS yang bersempadan dengan negara itu.
Setiausaha Hubungan Luar Marcelo Ebrard yang mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Keselamatan Dalam Negara AS Alejandro Mayorkas di Mexico City berkata, "sehubungan itu, tidak ada lagi kepentingan kesihatan awam untuk meneruskan sekatan."
Sejak bermulanya pandemik, sekatan perjalanan rentas sempadan Mexico-AS dikuatkuasakan dengan hanya perjalanan sektor penting dibenarkan.
Penolong Setiausaha Kesihatan Hugo López-Gatell berkata, vaksinasi yang diperluas ke bandar-bandar di sempadan boleh mula dijalankan pada Rabu.
Mexico berusaha mendapatkan lebih banyak vaksin tersebut untuk menyuntik semua penduduk di sempadan.
Ketika ini, vaksinasi di Mexico memfokuskan kepada mereka berusia 40 tahun ke atas dan setakat ini telah memberikan kira-kira 26 juta suntikan, meliputi 30 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas.
Topic Berkaitan
#Mexico
#Amerika Syarikat
#pandemik
#vaksin
#suntikan
#COVID-19
#sekatan
#sempadan
#rentas sempadan
#Johnson & Johnson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan