awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Australia akan beri tekanan terhadap PBB

Bernama
Bernama
20/07/2014
05:29 MYT
MH17: Australia akan beri tekanan terhadap PBB
Menteri Luar Australia Julie Bishop - AFP PHOTO / Saeed KHAN
Menteri Luar Australia Julie Bishop akan berlepas ke Amerika Syarikat malam Ahad untuk berkempen bagi siasatan antarabangsa mengenai nahas membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penebangan MH17, yang turut mengorbankan 28 warga Australia dalam kalangan 298 penumpang dan anak kapal yang terbunuh.
Bishop akan mengetuai usaha Australia untuk mendesak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapatkan akses yang bebas dan terbuka di lokasi kemalangan MH17, menurut laporan ABC News.
Pesawat penumpang dipercayai telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemukaan bumi ke udara yang menyaksikan tubuh-tubuh dan serpihan yang terbakar bertaburan di seluruh padang kawasan bergolak Ukraine.
Enam pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Australia dan Perdagangan telah dihantar ke Kiev dan banyak lagi sedang dalam perjalanan termasuk lima anggota pasukan tindakan kecemasan dan juga pasukan penyiasat Polis Persekutuan Australia.
Bishop berkata rayuan Kerajaan Australia akan dikemukakan kepada PBB.
"Saya telah bercakap dengan wakil kami di PBB dan saya faham bahawa gesaan kami resolusi terpakai akan dibahaskan dalam minggu depan," kata Bishop sebagaimana dipetik ABC News.
"Saya juga akan ke Washington untuk bertemu dengan pakar-pakar keselamatan dan perisikan untuk memastikan bahawa Australia diberi taklimat penuh mengenai perisikan antarabangsa yang boleh didapati berhubung perkara ini kerana kita berazam untuk memastikan apa yang berlaku, kenapa ia berlaku, bagaimana ia berlaku dan siapa yang bertanggungjawab," Menteri Luar itu dilaporkan sebagai berkata.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Julie Bishop
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH17
#Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan