awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Minggu Fesyen London jadi sasaran protes guna gam dan 'darah'

Agensi
Agensi
13/09/2019
13:01 MYT
Minggu Fesyen London jadi sasaran protes guna gam dan 'darah'
Penunjuk perasaan dari kumpulan Extinction Rebellion itu berikrar untuk mengganggu perjalanan acara Minggu Fesyen London. - Reuters
Aksi para aktivis yang melekatkan tubuh di lokasi protes dengan gam dan menyimbah darah palsu yang mengerikan, telah mencuri tumpuan ramai sempena pembukaan Minggu Fesyen London pada Jumaat.
Reuters melaporkan, semua itu dilakukan demi memberi kesedaran kepada umum bahawa industri pembuatan pakaian meninggalkan impak alam sekitar.
Penunjuk perasaan dari kumpulan Extinction Rebellion itu berikrar untuk mengganggu perjalanan acara lima hari itu, yang bakal menyaksikan peragaan pakaian wanita jenama mewah seperti Burberry, Victoria Beckham dan Erdem untuk koleksi musim bunga.
Memakai pakaian putih dengan kesan darah yang mengalir, lima penunjuk perasaan melekatkan tubuh mereka pada salah satu laluan masuk ke acara tersebut, sementara beberapa yang lain bergelimpangan di atas jalan yang disimbah cecair merah seperti darah.
Mereka sudah berada di lokasi itu sebelum acara bermula dan hanya bersurai beberapa jam kemudian. Tetamu acara seperti pengarang, pembeli dan blogger pula terpaksa memasuki bangunan tersebut menerusi pintu lain.
“Para penunjuk perasaan mendesak industri fesyen supaya jujur mendedahkan sumbangan industri itu pada krisis iklim dan ekologi,” kata wakil kumpulan aktivis itu kepada media.
Aktivis bergelimpangan di atas simbahan cecair merah menyerupai darah. - Reuters
Aktivis bergelimpangan di atas simbahan cecair merah menyerupai darah. - Reuters
Dalam keadaan masyarakat yang semakin sedar tentang isu alam sekitar, jenama fesyen sering idesak untuk menjalankan operasi secara lestari dan mengelakkan pembaziran.
Ketua Eksekutif BFC Caroline Rush memberitahu, permintaan untuk membatalkan penganjuran Minggu Fesyen London tidak akan ‘menyelesaikan masalah dari aspek kaedah industri fesyen bertindak dalam krisis perubahan iklim’.
“Bagaimanapun dengan adanya minggu fesyen, ia adalah peluang untuk mengumpulkan para pereka dalam industri fesyen untuk membincangkan isu itu.
“Kami akan meraikan lima hari ini dengan mempamerkan kreativiti dan bisnes yang hebat, serta kebanyakan daripada mereka kini meneruskan perniagaan dengan memikirkan aspek perubahan iklim dan bagaimana menghasilkan sesuatu perubahan yang positif,” ujarnya.
Minggu Fesyen London adalah pusingan kedua musim peragaan selama sebulan yang bermula di New York, dan juga di Milan dan Paris.
Topic Berkaitan
#aktivis
#alam sekitar
#Extinction Rebellion
#minggu fesyen london
#Penunjuk perasaan
#perubahan iklim
#protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan