Skip to main content

Dunia

'Misi di Iran, Lubnan dan Gaza perlu diselesaikan' - Netanyahu

Israel's Prime Minister Benjamin Netanyahu attends a ceremony commemorating Israel's Remembrance Day for fallen soldiers, or Yom HaZikaron, at the Military Cemetery on Mount Herzl in Jerusalem, Tuesday April 21, 2026. (Ilia Yefimovich/Pool Photo via AP)
Netanyahu turut merujuk kepada kehadiran tentera Israel di Lubnan, Syria dan Gaza sebagai bukti bahawa kerajaannya tidak berhasrat menyerahkan wilayah yang dikuasai. - Foto fail/AP
Advertisement

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memulakan kempen pilihan raya Parti Likud dengan menegaskan hanya parti pimpinannya mampu menjamin keselamatan negara itu.

Berucap menjelang pilihan raya pada 27 Oktober, Netanyahu berkata Israel perlu meneruskan tindakan ketenteraannya sehingga objektif yang disasarkan tercapai.

“Misi ini mesti diselesaikan. Kita perlu menjatuhkan rejim Iran serta memusnahkan sepenuhnya Hezbollah dan Hamas,” katanya.

Dalam ucapannya, Netanyahu turut menyenaraikan operasi ketenteraan Israel di Iran, Lubnan, Syria dan Semenanjung Gaza sejak 2023 sebagai bukti pendekatan tegas kerajaannya dalam menangani ancaman keselamatan.

Beliau pada masa sama mengkritik pihak pembangkang, dengan mendakwa lawan politiknya cenderung membuat konsesi wilayah yang boleh menjejaskan kepentingan Israel.

Netanyahu turut merujuk kepada kehadiran tentera Israel di Lubnan, Syria dan Gaza sebagai bukti bahawa kerajaannya tidak berhasrat menyerahkan wilayah yang dikuasai.

“Kami mengambil wilayah, bukannya memberikannya,” katanya.

Pilihan raya akan datang dilihat sebagai ujian penting buat Netanyahu ketika konflik melibatkan Israel, Gaza, Hezbollah di Lubnan dan ketegangan dengan Iran terus menjadi isu utama dalam politik negara itu.

 

 

Must Watch Video

Advertisement