awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi FFC: Ahli Parlimen Belgium antara ditahan dalam serbuan flotila Gaza

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
08/10/2025
22:50 MYT
Misi FFC: Ahli Parlimen Belgium antara ditahan dalam serbuan flotila Gaza
Kesemua kru dan penumpang kapal berkenaan termasuk Linard didakwa telah diculik dari perairan antarabangsa ketika menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) menuju ke Gaza. - Foto Instagram/Gaza Sunbirds
AHLI Parlimen Belgium, Bénédicte Linard, dilaporkan antara individu yang ditahan selepas kapal bantuan kemanusiaan Gaza Sunbird dipintas di perairan antarabangsa oleh tentera Israel pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Benedicte Linard antara individu yang ditahan selepas kapal Gaza Sunbird dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa ketika menyertai misi bantuan ke Gaza.
  • Freedom Flotilla Coalition mendakwa penahanan sebagai penculikan dan menyeru kerajaan Belgium serta pemimpin dunia bertindak segera membebaskan aktivis.
  • Penahanan terkini susulan rampasan sembilan kapal flotila pada 8 Oktober, melibatkan lebih 140 individu dari pelbagai negara termasuk doktor dan wartawan.

Menerusi hantaran akaun rasmi @gazasunbirds, kesemua kru dan penumpang kapal berkenaan termasuk Linard didakwa telah diculik dari perairan antarabangsa ketika menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) menuju ke Gaza.
Kenyataan itu turut menyeru kerajaan Belgium serta pemimpin dunia agar mendesak pembebasan segera semua aktivis dan sukarelawan yang masih ditahan secara tidak sah.
“Ini mesej kepada kerajaan Belgium, kepada pemimpin dunia dan sekutu global. Seluruh flotila telah dipintas oleh pasukan pendudukan. Kami perlukan bantuan anda,” menurut kenyataan berkenaan.
View this post on Instagram
A post shared by Gaza Sunbirds (@gazasunbirds)
Aktivis juga digesa untuk menghantar e-mel dan menghubungi wakil rakyat masing-masing bagi menuntut tindakan segera kerajaan terhadap penahanan itu.
Insiden tersebut berlaku susulan laporan terdahulu mengenai sembilan kapal flotila yang diserang dan dirampas oleh tentera Israel pada 8 Oktober, melibatkan lebih 140 individu daripada pelbagai negara termasuk doktor, wartawan, dan ahli politik.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Freedom Flotilla Coalition
#Benedicte Linard
#Gaza
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan