awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi mencari serpihan MH370 di Pulau Reunion dihentikan

Bernama
Bernama
18/08/2015
03:43 MYT
Misi mencari serpihan MH370 di Pulau Reunion dihentikan
Polis dan pasukan tentera di Pulau Reunion di Lautan Hindi itu menghentikan operasi selepas gagal memperoleh penemuan baharu. -Gambar fail
Operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Pulau Reunion dihentikan semalam (Isnin).
Menurut Reuters, polis dan pasukan tentera di Pulau Reunion di Lautan Hindi itu menghentikan operasi selepas gagal memperoleh penemuan baharu.
"Pencarian sepuluh hari melibatkan sebuah pesawat tentara, dua buah helikopter dan sebuah bot laju polis tidak menjumpai sebarang serpihan lagi.
Objek yang dihanyutkan termasuk botol air telahpun diserahkan kepada pasukan penyiasat sama ada ia boleh dikaitkan dengan kapal terbang itu," menurut polis yang dipetik laporan berkenaan.
Bagaimanapun, menurut Reuters, pasukan itu akan terus bersiap siaga terhadap kemungkinan memperoleh penemuan baharu.
Pada 6 Ogos, pakar antarabangsa mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di Pulau French Reunion bulan lepas adalah daripada Penerbangan MH370 - menyokong kesimpulan sebelum ini bahawa pesawat Malaysia Airlines itu terhempas di Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.
Pada 12 pula, Pusat Penyelaras Agensi Bersama Australia (JACC) mengesahkan bahawa bahagian daripada sayap pesawat itu adalah daripada MH370 yang belum dijumpai.
Pesawat MH370 hilang semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014 dengan membawa 239 penumpang dan kru.
Topic Berkaitan
#flaperon
#jacc
#Lautan Hindi
#MAS
#MH370
#Penemuan
#Pulau Reunion
#Serpihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan