awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misteri tangan terjuntai keluar dari ais terbongkar ... 50 tahun kemudian

Sinar Harian
Sinar Harian
22/07/2018
02:07 MYT
Misteri tangan terjuntai keluar dari ais terbongkar ... 50 tahun kemudian
Pasukan mendaki turut menjumpai cebisan bangkai pesawat Antonov An-12 milik Tentera Udara India yang terhempas pada Februari 1968. - Foto Defence Barta
Mayat seorang anggota tentera India yang beku ditemui di sekitar kawasan glasier di banjaran Himalaya oleh sekumpulan pendaki gunung 50 tahun selepas dia dan lebih 100 anggota lagi terbunuh dalam nahas pesawat.
Pasukan mendaki itu turut menjumpai beberapa cebisan bangkai pesawat Antonov An-12 buatan Kesatuan Soviet milik Tentera Udara India yang terhempas pada Februari 1968.
"Kami terjumpa tangan dari mayat manusia yang terjuntai keluar dari ais. Bahagian tubuh lain dapat dilihat di dalam bongkah ais itu," kata ketua ekspedisi, Rajiv Rawat kepada AFP.
Pasukan tentera yang dihubungi kemudiannya melancarkan operasi mengeluarkan mayat berkenaan.
Mayat anggota terbabit ditemui pada ketinggian 5,500 meter di banjaran Himalaya dan merupakan yang kelima ditemui dari nahas berkenaan selepas beberapa siri pencarian gagal memberikan hasil sejak berpuluh tahun lalu.
Mayat terakhir ditemui dan dikenal pasti sebelum ini adalah pada tahun 2013.
Pesawat pengangkut yang menuju ke Kashmir ketika itu gagal mendarat berikutan cuaca buruk lalu mengorbankan 102 nyawa, termasuk 98 anggota tentera. - AFP
Topic Berkaitan
#Banjaran Himalaya
#mayat manusia
#pesawat
#Rajiv Rawat
#tentera
#tentera india
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan