BANGKOK: Thailand akan melaksanakan pelan vaksinasi menggunakan kaedah campuran (mix and match) dua jenis vaksin COVID-19, seawal Oktober dalam usaha negara ini membendung penularan wabak itu.
Pengarah Bahagian Berita Jabatan Penerangan Kementerian Luar Pensom Lertsithichai berkata, mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha bersetuju dengan pelan vaksinasi itu.
Beliau berkata Thailand akan meneruskan pelan itu, selepas berunding dan mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan Awam dan kaedah itu mencampurkan vaksin Sinovac dan AstraZeneca, Sinovac dan Pfizer-BioNTech serta AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech.
"Kita melakukan perubahan pada vaksinasi ini (campuran vaksin) pada akhir September, kerana akan menerima sejumlah besar vaksin mRNA, Pfizer-BioNTech yang kita beli dan akan kita gunakan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, Pensom berkata Thailand akan menawarkan suntikan penggalak atau booster kepada mereka yang telah menyelesaikan dua dos vaksin COVID-19 Sinovac, seawal bulan ini.
Mereka yang telah menerima dua suntikan Sinovac sejak Mac hingga Mei akan menerima booster.
"Mereka akan menerima vaksinasi booster AstraZeneca atau Pfizer-BioNTech ... kita mulakan secepat mungkin, dijangka pada akhir September atau awal Oktober," katanya.
Bermula pertengahan Julai, Thailand telah memberikan suntikan vaksin mRNA yang diimport kepada petugas barisan hadapan yang sebelum ini menerima Sinovac.
Thailand melanjutkan sekatan COVID-19 termasuk perintah berkurung waktu malam selama tujuh jam sehingga 30 September, di Bangkok dan 28 wilayah di bawah 'zon merah gelap' , dalam usaha memastikan kes jangkitan menunjukkan trend penurunan.
Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 14,403 kes baharu COVID-19 dan 189 kematian, menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 1,352,953 dan 13,920 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021
Mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha bersetuju dengan pelan vaksinasi itu. - Gambar fail/ AP
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
Pesara maut, kereta dipandu terbabas akibat serangan jantung
Siasatan awal mendapati mangsa memandu dari arah Lahat dan apabila sampai di tempat kejadian dia dipercayai mengalami serangan jantung.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.