awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monyet hunus pisau di zoo

Sinar Harian
Sinar Harian
16/08/2023
02:30 MYT
Monyet hunus pisau di zoo
Seekor monyet Tonkean memegang sebilah pisau yang tertinggal dalam kandang di Zoo Chester. - Foto agensi
LONDON: Pengunjung sebuah zoo di England terkejut apabila melihat gelagat seekor monyet jenis Tonkean atau Macaca Tonkeana sedang memegang sebilah pisau dan seolah-olah mengancam monyet-monyet lain.
Insiden itu berlaku di Zoo Chester, Cheshire baru-baru ini dan beberapa pengunjung menganggap ia seperti babak dalam filem Planet of the Apes.
Lapor The Sun, pisau tersebut dipercayai tertinggal secara tidak sengaja oleh kontraktor yang ditugaskan memotong pokok dalam kandang besar di zoo popular itu.
Menerusi satu rakaman video, monyet tersebut dilihat menghempas pisau berkenaan ke dinding kaca sebelum berlegar-legar di kawasan kandang dengan pisau masih dalam genggamannya.
Insiden sekitar jam 5 petang (waktu tempatan) itu menarik perhatian berpuluh-puluh pengunjung yang berpusu-pusu untuk melihat gelagat monyet berkenaan.
"Sebaik pisau itu terlepas daripada genggaman dan jatuh ke tanah, monyet-monyet lain seolah-oleh bergaduh kerana masing-masing mahu memegangnya.
"Apa pun, ia situasi yang kami sekeluarga tidak pernah alami sebelum ini dan ia benar-benar seperti babak dari filem Planet of the Apes," kata Marc Shingler.
Dalam francais Planet of The Apes berjudul Rise of the Planet of the Apes pada 2011, monyet bijak bernama Caeser berjaya mencuri pisau daripada penjaganya sebelum menggunakannya untuk membebaskan diri dan mengetuai pemberontakan terhadap manusia.
Sementara itu, Zoo Chester yang menarik 1.8 juta pengunjung setahun berkata, insiden itu sedang disiasat dan mengesahkan tiada haiwan atau pekerja cedera dalam insiden tersebut.
Spesies monyet Tonkean di zoo berkenaan berasal dari Sulawesi, Indonesia dan disenaraikan sebagai terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN). - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#monyet
#pisau
#Zoo Chester
#Planet of the Apes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan