awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moscow hantar nota amaran kepada AS mengenai penghantaran senjata ke Ukraine

Bernama
Bernama
15/04/2022
15:56 MYT
Moscow hantar nota amaran kepada AS mengenai penghantaran senjata ke Ukraine
Moscow menghantar nota kepada Washington memberi amaran bahawa bekalan senjata NATO ke Kiev memburukkan lagi konflik Ukraine. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Moscow menghantar nota kepada Washington memberi amaran bahawa bekalan senjata NATO ke Kiev memburukkan lagi konflik Ukraine dan boleh membawa kepada akibat yang tidak dapat dijangka, lapor Sputnik.
"Kami menyeru Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menghentikan ketenteraan tidak bertanggungjawab di Ukraine, yang menggambarkan akibat yang tidak dapat dijangka untuk keselamatan serantau dan antarabangsa," menurut nota berbahasa Rusia itu dan dilihat serta dilaporkan oleh Washington Post pada Jumaat.
Jabatan Negara belum lagi mengulas mengenai pendedahan itu.
Presiden AS Joe Biden pada Rabu berkata AS mempertimbangkan untuk menghantar kenderaan perisai Humvee ke Ukraine, bersama-sama dengan peralatan ketenteraan canggih lain sebagai sebahagian daripada pakej bantuan baharu bernilai US$750 juta, yang termasuk 300 Switchblades, 500 peluru berpandu anti-kereta kebal, 200 kenderaan berperisai M113 serta 16 helikopter Mi-17s.
Pada 24 Februari, Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas ke Ukraine yang menyasarkan infrastruktur ketenteraan di negara itu. Sebagai tindak balas, negara-negara Barat melancarkan kempen sekatan menyeluruh terhadap Rusia, dengan banyak negara membekalkan senjata untuk tentera Ukraine.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Moscow
#nota amaran
#Rusia
#Ukraine
#AS
#Amerika Syarikat
#NATO
#Kiev
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan