awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mozambique tubuh jawatankuasa siasat kejadian 1,534 banduan lolos dari penjara

Bernama
Bernama
30/12/2024
05:50 MYT
Mozambique tubuh jawatankuasa siasat kejadian 1,534 banduan lolos dari penjara
Pertempuran antara kakitangan Perkhidmatan Penjara Kebangsaan dan banduan berlaku, menyebabkan sekurang-kurangnya 33 terbunuh, dalam rusuhan di Maputo, Mozambique, 25 Dis 2024. - Foto media sosial/via REUTERS
MAPUTO (Mozambique): Kerajaan Mozambique menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan bagi menyiasat kejadian lebih 1,500 banduan yang lolos dari dua penjara di Maputo pada Rabu, lapor Xinhua memetik agensi berita AIM pada Ahad.
Dalam kejadian itu, seramai 1,534 banduan melarikan diri dari Penjara Pusat dan Penjara Keselamatan Maksimum Machava yang dikenali sebagai B.O., sehingga mencetuskan pertempuran dengan kakitangan Perkhidmatan Penjara Kebangsaan, menyebabkan sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh.
Timbalan Menteri Kehakiman, Perlembagaan dan Hal Ehwal Agama Filimao Suaze berkata jawatankuasa itu telah memulakan tugasnya dengan matlamat memahami situasi kejadian, mengenal pasti kemungkinan kelemahan dalaman atau luaran, serta menentukan sama ada terdapat unsur kecuaian dalam aspek keselamatan.
Jawatankuasa itu juga akan meneliti insiden kematian yang berlaku sepanjang operasi menjejaki dan menahan semula para banduan yang melarikan diri.
Setakat ini, kira-kira 280 banduan berjaya ditahan semula hasil kerjasama keluarga serta laporan penduduk setempat.
Suaze menegaskan, ramai daripada banduan yang melarikan diri menyerah diri secara sukarela atau diserahkan oleh ahli keluarga selepas mengetahui situasi itu.
Beliau turut menafikan dakwaan bahawa kejadian itu adalah strategi terancang untuk menghapuskan banduan, seperti yang tular di media sosial.
Suaze menjelaskan bahawa banduan yang melarikan diri, termasuk mereka yang disyaki sebagai pengganas sedang dipantau dan polis komited untuk menahan mereka semula.
Beliau menyeru orang awam supaya terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menjejaki banduan, sambil memberi amaran bahawa insiden itu menimbulkan ketakutan di beberapa kawasan kejiranan di Maputo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banduan lolos dari penjara
#Mozambique
#Jawatankuasa Siasatan
#Filimao Suaze
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan