awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mpox nama baharu monkeypox

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2022
00:00 MYT
Mpox nama baharu monkeypox
Mikrograf elektron transmisi berwarna bagi zarah cacar monyet (merah) ditemui dalam sel yang dijangkiti (biru), dibiakkan di makmal di Fasiliti Penyelidikan Integrasi NIAID, Fort Detrick, Frederick, Maryland. (Foto AP)
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin mengumumkan monkeypox akan dinamakan sebagai mpox sebagai usaha untuk mengelakkan stigma buruk terhadap pesakit cacar monyet tersebut yang kebanyakannya terdiri daripada golongan gay, biseksual dan individu yang mengamalkan seks bebas.
"Ketika penularannya pada awal tahun lalu, kami menerima laporan tentang komen berbaur rasis dalam kalangan segelintir komuniti.
"Keputusan untuk menamakan semula monkeypox yang berasal daripada virus yang dikenal pasti pada monyet ketika penyelidikan pada 1958 dibuat setelah siri konsultasi bersama pakar global.
"Kami akan menggunakan istilah baharu 'mpox'. Penggunaan istilah monkeypox akan dihentikan secara berperingkat," jelas WHO dalam satu kenyataan setelah ia pernah menyuarakan hasrat untuk menukar nama cacar monyet pada Ogos lalu.
Pada 24 Julai lalu, pertubuhan kesihatan tersebut turut mengklasifikasikan mpox sebagai kecemasan kesihatan global sama seperti COVID-19.
Sehingga kini, kira-kira 81,107 kes dan 55 kematian telah dilaporkan di 110 negara yang mana Argentina menjadi negara terbaharu merekodkan kes kematian pertama akibat mpox melibatkan seorang lelaki berusia 44 tahun yang turut menghidap HIV/Aids.
Isu Kesihatan | Monkeypox, cacar monyet kini ditukar menjadi mpox
Pada minggu lalu, sebanyak 588 kes baharu direkodkan selepas Amerika masih menyumbang sebanyak 92 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.
Ketika ini, ancaman mpox dilaporkan semakin menurun setelah 71 negara tidak mencatatkan kes baharu sejak 21 hari lalu. - Sinar Harian memetik Agensi
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#mpox
#WHO
#Argentina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan