Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini malam Ahad bagi memulakan lawatan rasmi empat hari ke Uzbekistan bagi memperkukuh hubungan dengan Republik Asia Tengah ini yang
mempunyai penduduk berjumlah 30 juta orang.
Pesawat khas yang membawa Muhyiddin dan rombongannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent pada kira-kira 7.10 malam waktu tempatan (10.10 malam waktu Malaysia).
Ketibaan Muhyiddin, yang melakukan lawatan sulung beliau ke negara ini, disambut Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan yang bertanggungjawab menjaga isu Pendidikan dan Sosial Ikramov Adkham Ilkhamovich.
Turut hadir di lapangan terbang itu ialah Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan Abdul Aziz Harun.
Muhyiddin diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
Timbalan Perdana Menteri dijadual mengadakan rundingan dengan pemimpin Uzbekistan dan mengetuai sesi meja bulat bersama komuniti perniagaan negara ini.
Antara lain, beliau akan melancarkan Pesta Pendidikan dan Pameran Kesenian Malaysia 2014 sebelum melawat Uzbekistan State University of World Languages.
Uzbekistan merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di rantau Asia Tengah dengan jumlah dagangan kedua-dua negara mencatat AS$71 juta tahun lepas berbanding AS$65 juta pada 2012.
Bernama
Sun May 04 2014
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Tashkent diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman. --fotoBERNAMA
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lawatan Anwar ke Asia Tengah, misi Malaysia cari lebih ramai sahabat setia
Kunjungan ke negara Asia Selatan mungkin tidak memberikan kesan ketara kepada kemajuan ekonomi.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
AirAsia X mulakan penerbangan terus ke Kazakhstan hari ini
AirAsia X (AAX) yang melebarkan sayapnya ke Asia Tengah melancarkan penerbangan terus pertamanya ke Almaty, Kazakhstan hari ini.
Malaysia terus pelbagaikan destinasi eksport ke pasaran bukan tradisional - PM Anwar
Malaysia akan meneruskan usaha untuk mempelbagaikan destinasi eksport negara terutamanya ke pasaran bukan tradisional seperti Asia Tengah dan Latin Amerika.
Malaysia digesa manfaatkan Azerbaijan sebagai hab masuk pasaran Asia Tengah, Eropah Timur
Ahli perniagaan dan syarikat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan lokasi strategik Azerbaijan sebagai hab bagi menembusi pasaran ke negara jiran di Asia Tengah dan Eropah Timur.
Pesilat negara pulang dari Kyrgyzstan positif COVID-19
Atlet yang identitinya tidak didedahkan itu kini berada di Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang.
Bekas Presiden Kazakhstan positif COVID-19
Bekas Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev disahkan positif COVID-19.
Turkmenistan bebas COVID-19, nafi dakwaan sorok data rasmi
Turkmenistan pada Rabu menafikan dakwaan berhubung kerajaannya menyembunyikan data rasmi kes jangkitan COVID-19.
Matrade anjur misi pacu eksport ke Uzbekistan, Kazakhstan
Misi yang bermula Isnin (14 Oktober) sehingga 19 Oktober, juga bertujuan meningkatkan hubungan strategik perniagaan antara syarikat-syarikat Malaysia dengan komuniti perniagaan di kedua-dua negara.
Hamparan gunung, tasik membiru melambung pesona Tajikistan
Landskap pergunungan dari setiap sudut Tajiistan menyajikan pemandangan yang unik ibarat syurga dunia buat pengunjung ke negara itu.