Skip to main content
Advertisement

Dunia

AS mula kuat kuasa larangan import produk Kanada bernilai US$1 bilion

U.S. President Donald Trump attends an event to sign executive orders related to birthright citizenship and the polysilicon industry, in the Oval Office at the White House in Washington, D.C., U.S., August 6, 2026. REUTERS/Evelyn Hockstein
Presiden Donald Trump sebelum ini menandatangani perintah eksekutif yang melarang penjualan beberapa barangan tertentu yang diimport dari Kanada di pasaran AS. - Gambar fail/REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mula menguatkuasakan larangan import terhadap barangan dari Kanada bernilai kira-kira US$1 bilion, termasuk minuman beralkohol, produk tenusu dan kenderaan bermotor, lapor Anadolu Ajansi.

Presiden Donald Trump sebelum ini menandatangani perintah eksekutif yang melarang penjualan beberapa barangan tertentu yang diimport dari Kanada di pasaran AS.

Walaupun sekatan melibatkan produk bernilai hampir US$1 bilion itu dijangka tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi jika dibandingkan dengan nilai perdagangan dua hala tahunan sebanyak US$880 bilion, langkah berkenaan menandakan perkembangan baharu dalam pertikaian perdagangan antara kedua-dua negara.

Kanada merupakan sekutu lama dan rakan dagang utama AS.

Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer berkata langkah itu dibuat susulan apa yang disifatkan Washington sebagai layanan diskriminasi Kanada terhadap eksport penting AS.

Pada Julai, pentadbiran AS mengumumkan tarif 50 peratus terhadap barangan tertentu dari Kanada dengan mendakwa Ottawa mengamalkan tindakan diskriminasi terhadap produk AS. Tarif itu mula berkuat kuasa pada 22 Ogos.

Sebagai tindak balas, kerajaan Kanada mengenakan tarif antara 15 hingga 50 peratus terhadap beberapa produk AS dan mula berkuat kuasa pada 8 Sept.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement