DUNIA
AS mungkin jadi 'negara dunia ketiga' jika tarif dibatalkan - Trump

Mahkamah Rayuan AS sebelum ini memutuskan Trump tiada kuasa mengenakan tarif seperti dilakukan. - Foto Reuters
MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata negaranya akan menjadi "negara dunia ketiga" sekiranya tarif yang beliau kenakan dibatalkan oleh mahkamah.
Ringkasan AI
- Donald Trump beri amaran AS boleh jadi -negara dunia ketiga- jika mahkamah batalkan tarif yang dikenakan olehnya, yang menurutnya menarik pelaburan lebih AS$15 trilion.
- Mahkamah Rayuan AS putuskan Trump tiada kuasa mengenakan tarif seperti dilakukan, namun pelaksanaan kekal sehingga Mahkamah Agung dengar kes pada 14 Oktober.
- Tarif baharu berkuat kuasa 7 Ogos melibatkan 69 rakan dagangan dengan kadar 1041% melalui perintah eksekutif ditandatangani Trump pada 1 Ogos.
"Lebih daripada AS$15 trilion akan dilaburkan di AS, satu REKOD.
"Sebahagian besar pelaburan ini adalah hasil daripada tarif.
"Jika Mahkamah Kiri Radikal dibenarkan membatalkan tarif ini, hampir semua pelaburan, malah lebih lagi akan serta-merta dibatalkan! Dalam banyak hal, kita akan menjadi Negara Dunia Ketiga, tanpa harapan untuk kembali HEBAT. MASA AMAT PENTING!!!" kata Trump di platform Truth Social.
Trump menandatangani perintah eksekutif pada 1 Ogos untuk mengenakan tarif ke atas beberapa negara dengan kadar antara 10 hingga 41 peratus, menurut dokumen yang dikeluarkan Rumah Putih.
Tarif baharu itu dikenakan ke atas 69 rakan dagangan AS dan mula berkuat kuasa pada 7 Ogos.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami