DUNIA
Munira sedar selepas koma 28 tahun

Munira kembali sedar selepas 28 tahun berada dalama keadaan koma sejak tahun 1991. - Gambar hiasan
Seorang wanita akhirnya sedar daripada keadaan separuh koma selama 28 tahun selepas terlibat dalam kemalangan pada tahun 1991 di Dubai.
Munira Abdullah yang berusia 32 tahun semasa kejadian terlibat dalam kemalangan bersama anak lelakinya, Omar Webair selepas kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah bas sekolah di Bandar Al Ain.
Akibat kemalangan itu, Munira mengalami kerosakan otak yang teruk manakala Omar yang pada waktu itu berusia empat tahun hanya cedera ringan.
Menurut Omar, ibunya dibawa ke sebuah hospital di London untuk mendapatkan rawatan sehingga wanita itu berjaya ‘dikembalikan’ dalam keadaan koma vegetatif atau separa koma.
Keadaan itu menyebabkan Munira tidak mampu memberi sebarang respons melainkan kesakitan sebelum dia dibawa pulang ke Dubai pada tahun 2017 selepas berpuluh tahun mendapatkan rawatan di London.
Di Dubai, kos perubatan Munira dibiayai oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, Putera Mohammed bin Zayed menggunakan kaedah rawatan dari Jerman.
“Kaedah rawatan dari Jerman itu menjadikan keadaan ibu saya lebih baik. Dia mula bersuara dan nama saya merupakan perkataan pertama yang keluar daripada mulutnya.
“Sejak itu, keadaan ibu semakin baik dan kini dia sudah boleh bercakap seperti sedia kala. Jangan pernah putus harapan,” kata Omar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami