awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muzium Afghanistan pulih semula warisan Buddhisme yang dimusnahkan Taliban

Agensi
Agensi
14/10/2019
14:30 MYT
Muzium Afghanistan pulih semula warisan Buddhisme yang dimusnahkan Taliban
Seorang petugas konservasi memeriksa keadaan serpihan artifak di Muzium Afghanistan. - Reuters
Proses rumit untuk memulih semula artifak yang pernah dimusnahkan ekstremis Taliban pada 18 tahun lalu seumpama menyelesaikan papan susun suai berusia 1,500 tahun.
Perbandingan itulah yang dikatakan oleh kumpulan pekerja konservasi dalam projek pemuliharaan terbaru, lapor Reuters.
Kumpulan militan tersebut pada tahun 2001 telah memusnahkan warisan tinggalan sejarah dari kurun ketiga sewaktu sebahagian rakyat tempatan mengamalkan ajaran Buddhisme.
Antara yang rosak teruk akibat dibedil senjata Taliban adalah patung Buddha di Bamyan dan banyak lagi patung bersaiz lebih kecil dari tapak ekskavasi biara dan juga yang disimpan di muzium kebangsaan di Kabul.
Selepas kerajaan pimpinan Taliban dikalahkan pada tahun yang sama, muzium tersebut, dengan sokongan dana Amerika Syarikat (AS), kembali menjalankan kerja restorasi sejarah kedatangan Buddhisme di negara itu. “Tugas ini amat penting kerana ia adalah restorasi warisan, identiti dan sejarah silam.
“Buddhisme telah dipraktikkan di sini selama lebih 1,000 tahun. Ia sebahagian besar daripada sejarah kami,” kata Pengarah Muzium Negara Afghanistan, Mohammad Fahim Rahimi.
Selama 40 tahun menjadi medan peperangan, dari kependudukan Soviet pada 1980-an hingga perang saudara dan juga ancaman Taliban, Afghanistan telah banyak kehilangan khazanah seni, artifak dan juga seni binanya.
Banyak khazanah yang tidak ternilai itu telah dicuri dan dijual di seluruh dunia.
“Dahulunya, mereka datang dan memaksa kami memberitahu berapa banyak antikuiti yang kami miliki, namun kami tidak mendedahkannya,” ujar pakar konservasi, Sherazuddin Saifi, 62, tentang pengalamannya berdepan dengan Taliban pada tahun 2001.
Imbasnya, beberapa hari kemudian mereka telah kembali dan mula memusnahkan apa sahaja yang ada di muzium itu.
“Antikuiti ini adalah khazanah negara dan ia merekod sejarah negara ini mengenai siapa yang tinggal di sini suatu masa dulu,” ujarnya.
Kerja pemuliharaan yang sedang dijalankan kini adalah kerjasama antara tenaga kerja tempatan dengan pakar dari Institut Oriental, Universiti Chicago, AS.
Kerjasama itu penting kerana petugas pemuliharaan Afghanistan tidak memiliki kelengkapan kimia dan pengalaman yang cukup untuk melakukan kerja restorasi.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#ajaran buddha
#antikuiti
#Kabul
#muzium afghanistan
#restorasi
#sejarah
#Taliban
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan