awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Myanmar serah 31,000 suspek penipuan telekomunikasi kepada China

Bernama
Bernama
21/11/2023
09:24 MYT
Myanmar serah 31,000 suspek penipuan telekomunikasi kepada China
Langkah kerjasama itu membawa kepada kejayaan sejumlah besar suspek penipuan telekomunikasi dipindahkan kepada pihak berkuasa China. - Reuters
PEKIN: Seramai 31,000 suspek penipuan telekomunikasi dipindahkan dari Myanmar ke pusat tahanan China setakat ini, umum Kementerian Keselamatan Awam China pada Selasa.
Antara suspek yang ditahan ialah 63 individu disyaki dalang, penganjur atau anggota utama serta 1,531 individu yang sedang diburu.
Sejak September tahun ini, pihak berkuasa keselamatan awam di wilayah seperti Xishuangbanna, Pu'er dan Lincang bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang di Myanmar untuk melaksanakan kerjasama penguatkuasaan undang-undang sempadan.
Langkah itu membawa kepada kejayaan sejumlah besar suspek penipuan telekomunikasi dipindahkan kepada pihak berkuasa China.
Pada November, untuk mengukuhkan lagi usaha menangani penipuan, pihak berkuasa keselamatan awam China meningkatkan kerjasama bersama Myanmar dengan melancarkan tindakan secara agresif terhadap jenayah penipuan telekomunikasi di utara Myanmar.
Langkah itu membawa kepada pencapaian yang ketara dan kejayaan berganda.
Antaranya, ketua kumpulan sindiket penipuan telekomunikasi dan dalam talian di Zon Pentadbiran Sendiri Kokang di utara Myanmar berjaya ditahan.
Selain itu, ketua kumpulan sindiket Ming Xuechang membunuh diri kerana takut dihukum.
Pada masa sama, sebahagian besar sarang penipuan di luar negara berjaya dilumpuhkan, memberi tamparan hebat kepada kumpulan penipuan di luar negara.
Pada 18 Nov, kerjasama penguatkuasaan undang-undang sempadan di Dehong mencapai kejayaan besar apabila pihak berkuasa di Muse, utara Myanmar menyerahkan 571 suspek penipuan telekomunikasi kepada pihak berkuasa China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan telekomunikasi
#Myanmar
#China
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan