awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Air India: Saintis forensik India kenal pasti 114 mangsa - Menteri

Bernama
Bernama
16/06/2025
21:30 MYT
Nahas Air India: Saintis forensik India kenal pasti 114 mangsa - Menteri
Pakar forensik dan ahli patologi India mengenal pasti 114 daripada 274 mangsa nahas pesawat penumpang Air India minggu lalu di bandar Ahmedabad. - Gambar Reuters
BANGKOK: Pakar forensik dan ahli patologi India mengenal pasti 114 daripada 274 mangsa nahas pesawat penumpang Air India minggu lalu di bandar Ahmedabad, negeri Gujarat, menurut Menteri Negara bagi Hal Ehwal Dalam Negeri, Harsh Sanghavi pada Isnin.
"Kemas kini Nahas Air India: Laporan DNA setakat 4 petang - 114 padanan disahkan. Proses pengecaman masih berjalan," kata menteri itu di media sosial, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Saluran berita NDTV melaporkan, doktor hanya mengumpul 230 sampel DNA daripada waris mangsa, manakala 274 mayat disimpan di rumah mayat Hospital Awam Ahmedabad.
Lebih 60 mayat telah diserahkan kepada keluarga masing-masing.
NDTV memetik kenyataan doktor dari hospital berkenaan bahawa setiap ujian DNA mengambil masa 72 jam untuk disiapkan, menjadikan tugas 36 pakar forensik dan 10 kumpulan kerja sebagai satu proses yang rumit dan memakan masa.
Pesawat Boeing 787 Dreamliner milik Air India yang dalam penerbangan ke London terhempas beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang di Ahmedabad pada Khamis lalu.
Pihak berkuasa penerbangan India mengesahkan, terdapat 242 orang di dalam pesawat.
Hanya seorang penumpang terselamat.
Media tempatan melaporkan, pesawat itu terhempas di bangunan asrama pelajar perubatan, mengorbankan puluhan lagi mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas Air India
#Air India terhempas
#Boeing 787 Dreamliner
#mangsa nahas udara Air India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami