awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Air India: Setiausaha Agung PBB ucap takziah

Bernama
Bernama
13/06/2025
03:45 MYT
Nahas Air India: Setiausaha Agung PBB ucap takziah
Pesawat Penerbangan 171 menuju ke Gatwick, London itu membawa 230 penumpang dan 12 kru, sebelum terhempas ke kawasan asrama kolej perubatan pada Khamis. - Gambar/ Reuters
HAMILTON (Kanada): Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Khamis melahirkan rasa dukacita atas nahas pesawat Air India di Ahmedabad, India Barat yang mengorbankan lebih 200 nyawa.

Ringkasan AI
  • Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres melahirkan rasa dukacita atas nahas pesawat Air India di Ahmedabad pada 12 Jun yang mengorbankan lebih 200 nyawa, termasuk mangsa di asrama Kolej Perubatan B J.
  • Guterres menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat dan Kerajaan India serta negara lain yang turut kehilangan warganegara, dan mendoakan agar mangsa yang cedera segera pulih.
  • Pesawat Air India Penerbangan 171 ke Gatwick, London membawa 230 penumpang dan 12 kru sebelum terhempas; hanya seorang penumpang disahkan terselamat.

"Setiausaha Agung amat berdukacita dengan berita nahas pesawat Air India di Ahmedabad, Gujarat pada 12 Jun, yang meragut lebih 200 nyawa termasuk mangsa di kawasan asrama Kolej Perubatan B J," kata jurucakap Guterres, Farhan Haq dalam satu kenyataan.
Guterres turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta kepada rakyat dan Kerajaan India, termasuk semua negara lain yang turut kehilangan warganegara dalam tragedi itu.
Beliau turut mendoakan agar semua yang cedera dalam insiden itu segera pulih.
Pesawat Penerbangan 171 menuju ke Gatwick, London itu membawa 230 penumpang dan 12 kru, sebelum terhempas ke kawasan asrama kolej perubatan pada Khamis.
Sekurang-kurangnya seorang penumpang disahkan terselamat.
Menurut pihak syarikat penerbangan, penumpang terdiri daripada 169 warga India, 53 warga Britain, tujuh warga Portugal dan seorang warga Kanada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas Air India
#Air India terhempas
#PBB
#mangsa maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami