TOKYO: Penerbangan antara bandar utara Sapporo dan Lapangan Terbang Haneda Tokyo adalah laluan udara paling sibuk di Jepun dan merupakan antara perkhidmatan paling kerap di mana-mana di dunia.
Syarikat penerbangan Japan Airlines (JAL) mengendalikan 16 penerbangan pergi balik sehari.
Bagaimanapun, apabila JAL516 mengikut laluan itu ke Haneda pada hari Selasa, apa yang berlaku ialah perlanggaran landasan yang mencetus kebingunan dalam kalangan pakar penerbangan dan proses pemindahan serta penyelamatan yang lancar disifatkan sesetengah pihak sebagai ajaib.
Kesemua 379 penumpang dan anak kapal melarikan diri dari pesawat Airbus A350 yang meletus menjadi bola api selepas bertembung dengan pesawat pengawal pantai yang lebih kecil sejurus selepas mendarat.
Menurut laporan, lima daripada enam kru pesawat pengawal pantai terbunuh.
Satoshi Yamake, 59, kembali ke ibu kota tempat dia bekerja dalam sektor telekomunikasi selepas melawat saudara-mara di kampung halamannya.
Fikirannya melayang kepada pertemuan semula dengan isterinya Mika ketika roda tergelincir di atas tar, sebelum diikuti bunyi geseran dan dentuman seraya dia menoleh untuk melihat enjin terbakar di luar tingkapnya.
Perlanggaran berlaku hampir serta-merta selepas mendarat pada 5.46 petang (0846 GMT), syarikat penerbangan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Kapten pesawat itu telah diberi kebenaran untuk mendarat tetapi berkemungkinan tidak dapat melihat pesawat peronda maritim Dash-8 buatan pengawal pantai yang lebih kecil Bombardier di bawah, kata eksekutif syarikat penerbangan berkenaan dalam sidang akhbar lewat malam tadi.
Menurut pihak berkuasa, mereka sedang menyiasat keadaan di sebalik nahas itu, yang menurut pakar penerbangan adalah sangat luar biasa.
Pernah menjadi masalah keselamatan yang berulang, industri penerbangan telah berjaya mengurangkan secara drastik jumlah kemalangan yang disebabkan oleh perlanggaran atau pencerobohan landasan sejak ketibaan pengesanan dan prosedur darat yang lebih baik.
Ketika jet penumpang terbabas untuk berhenti, kapten pesawat pengawal pantai, Genki Miyamoto, 39, menarik diri daripada serpihan dan menghantar radio ke pangkalannya.
"Pesawat itu meletup di landasan. Saya melarikan diri. (keadaan) anak kapal yang lain tidak diketahui," katanya.
Lima lagi kru, berusia antara 27 dan 56, meninggal dunia.
'Itu satu keajaiban'
Kabin jet penumpang mula dipenuhi asap manakala beberapa penumpang yang cemas mula mencari jalan menyelamatkan diri, tidak kurang ada yang berpaut pada kanak-kanak yang menjerit.
"Tolong bawa saya keluar dari sini," jerit seorang wanita dalam video yang dikongsi dengan Reuters dari dalam pesawat.
"Kenapa kamu tidak buka saja (pintu)," jerit seorang kanak-kanak.
"Saya benar-benar fikir saya akan mati," kata seorang penduduk Tokyo, Tsubasa Sawada, 28, yang baru pulang dari bercuti di Sapporo bersama teman wanitanya.
"Selepas kemalangan itu berlaku, saya pada mulanya ketawa kecil apabila dapat melihat beberapa percikan api keluar (daripada enjin) tetapi apabila api mula marak, saya menyedari ia berbahaya."
Dalam masa sama, anak-anak kapal menggesa penumpang supaya bertenang sambil berkata: "Tolong beri kerjasama," menurut video yang dikongsi dengan Reuters.
Sementara di luar pesawat pula, 115 unit pemadam kebakaran dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengawal kebakaran yang bermula di bahagian belakang pesawat dan akhirnya menyambar seluruh pesawat.
Yamake, yang duduk di bahagian hadapan pesawat berkata, walaupun beberapa penumpang berasa sangat cemas, anak kapal dengan cepat mengerahkan pelungsur pemindahan dan orang ramai mula turun dengan teratur.
Syarikat penerbangan itu berkata pemindahan bermula sejurus selepas pesawat itu terhenti dan semua penumpang dibawa ke tempat selamat dalam tempoh kurang 20 minit.
Rakaman video menunjukkan penumpang dipindahkan dengan tenang tanpa membawa sebarang bagasi tangan.
Agensi keselamatan penerbangan telah memberi amaran bahawa tindakan mengambil bagasi semasa proses pemindahan boleh membahayakan nyawa.
"Krew kabin sudah melakukan tugas yang sangat baik. Sepertinya tiada barang yang dibawa turun bersama. Ia adalah satu keajaiban apabila semua penumpang turun dengan selamat," kata pengarah keselamatan udara di syarikat perundingan penerbangan, Ascend by Cirium berpangkalan di United Kingdom, Paul Hayes.
Seorang pegawai Kementerian Pengangkutan Jepun pada taklimat media berkata, prosedur pemindahan mangsa nahas oleh kru syarikat penerbangan itu dijalankan dengan sewajarnya.
Sawada berkata, sekitar 10 minit selepas kesemua penumpang turun, berlaku letupan di dalam pesawat.
“Saya hanya boleh katakan ia satu keajaiban, kami boleh mati jika kami lewat.
"Saya ingin tahu mengapa ini berlaku dan saya rasa saya tidak mahu menaiki kapal terbang lagi,” ujarnya. - REUTERS
Agensi
Wed Jan 03 2024
Beginilah keadaan pesawat JAL516 yang terbakar di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada Selasa. - Gambar REUTERS
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi, pesawat terbakar di Jepun
Tiada rakyat Malaysia di Jepun yang terjejas dalam kejadian bencana gempa bumi dan kemalangan pesawat di lapangan terbang yang berlaku minggu ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Nahas JAL516: 'Pramugari main peranan penting selamatkan semua penumpang'
Japan Airlines telah mendedahkan butiran bagaimana semua penumpang dan kru yang berada di dalam pesawat JAL516 berjaya menyelamatkan diri dalam masa 18 minit.
Nahas JAL516: Kotak hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun ditemukan
Kotak hitam pesawat JAL516 bagaimanapun masih belum ditemui.
Japan Airlines tawar penukaran tiket, bayaran balik susulan nahas JAL516 di Haneda
Pelanggan boleh memohon perubahan tempahan dan bayaran balik untuk tiket yang dikeluarkan sebelum 2 Jan 2024.
Lebih 300 penerbangan dibatalkan susulan pelanggaran di lapangan terbang Tokyo
Syarikat penerbangan membatalkan lebih 300 penerbangan susulan pelanggaran antara pesawat Pengawal Pantai Jepun dan pesawat penumpang Japan Airlines di Lapangan Terbang Haneda Tokyo.
Nahas JAL516: “Satu keajaiban bagaimana penumpang selamatkan diri”
Sepuluh minit selepas kesemua penumpang turun, berlaku letupan di dalam pesawat JAL516.
Pesawat Japan Airlines terbakar: Malaysia zahirkan simpati dan ucap takziah
Menurut laporan, kesemua 379 penumpang dan krew penerbangan JAL 516, termasuk 8 kanak-kanak, berjaya diselamatkan, dengan sekurang-kurangnya 17 orang cedera.
Nahas JAL516: Pesawat Japan Airlines terbakar di Lapangan Terbang Haneda Tokyo
Sebuah pesawat Japan Airlines dilaporkan terbakar di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dan anggota bomba dilaporkan sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran ketika ini.
Taufan Khanun semakin menghampiri Jepun, lebih 260 penerbangan dibatalkan
Sekurang-kurangnya 264 penerbangan dibatalkan di Jepun berikutan Taufan Khanun yang semakin menghampiri negara itu.
Malaysia Airlines rai ulang tahun pertama usaha sama perniagaan dengan Japan Airlines
Kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan memeterai kerjasama untuk memberikan pilihan penerbangan tambahan dan rangkaian yang lebih besar kepada pelanggan.