ATHENS: Pihak berkuasa Greece tidak menolak kemungkinan nahas kereta api penumpang dan kargo pada Rabu berpunca daripada kecuaian manusia.

Perkara ini diakui Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis dalam perutusan khas, ketika korban kini mencecah 43 nyawa.

Sementara itu, pengawal stesen tempatan didakwa menyebabkan kematian.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Greece Kostas Karamanlis mengambil tanggungjawab penuh ke atas insiden itu dengan meletak jawatan.

Menurut pihak berkuasa Greece, nahas itu berlaku selepas sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Athens ke Thessalonoki bertembung dengan kereta api kargo dari Thessaloniki ke Larissa.

Menurut laporan, pertembungan kedua-dua kereta api berkenaan berlaku di luar bandar Larissa di tengah Greece.

Media tempatan melaporkan kira-kira 350 orang menaiki kereta api tersebut.