Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737 itu dijadualkan tiba di Pangkal Pinang, Belitung pada jam 7.20 pagi.
Sehingga kini, tiada lagi mangsa selamat yang ditemui. Hanya yang ditemui mayat, cebisan mayat dan juga barang-barang penumpang termasuk sebuah beg dan juga sarung telefon pintar milik salah seorang penumpang buat netizen terharu.
Malah menerusi carian di internet, beg dan sarung telefon tersebut dipercayai pemilik Instagram (IG) ineyunitasi yang juga ada memuat naik status gambar dengan berlatarbelakang sama pada 27 Ogos 2017.
"Setiap langkah selalu ada doa yang menyertai, dan berharap setiap langkah menjadikan kesuksesan dan setiap doa menjadikan berkah (berkat)," tulisnya di entri gambar tersebut.
BACA: Lapor Langsung: Nahas pesawat Lion Air
Sementara itu menerusi laporan Tribun News, penumpang tersebut adalah Wahjoe Noegrohantoro.
Salah seorang anaknya, Samantha atau menggunakan IG Samanthadww, turut meluahkan rasa sebak apabila melihat sarung telefon pintar serta beg tangan hitam milik ayahnya ditemui oleh pasukan mencari dan penyelamat Indonesia.
Malah dia juga berkongsi sekeping foto mereka sekeluarga semasa bercuti bersama, baru-baru ini.
BACA: Nahas pesawat Lion Air: 189 penumpang dipercayai terkorban
"ALLAH sayang kita semua," tulisnya.
Menurut Samantha, foto itu keluarga itu diambil 12 hari sebelum kemalangan pesawat iaitu pada 16 Oktober 2018.
Kali terakhir dia berkomunikasi dengan ayahnya adalah pada pagi hari kejadian sebelum pesawat berlepas.
Di dalam beg hitam itu, ada telefon yang dalam keadaan rosak akibat terbakar bersama barang yang lain.
BACA: Video didakwa detik akhir sebelum Lion Air JT610 terhempas rupanya palsu
Difahamkan, foto yang terselit di belakang sarung telefon itu merupakan foto bersama isterinya.
Menurut Samantha lagi, sehingga kini dia tidak mendapat maklumat terkini mengenai keadaan ayahnya.
Rata-rata netizen turut berkongsi rasa hiba dan turut memberikan kata-kata semangat kepada gadis ini.
"Kamu kuat, Doa anak solehah menyelamatkan bapa dan ibu diakhirat kelak," tulis arinrhdyah.
"ALLAH sayang kita.Ikhlaskan semuanya, semoga diberikan tempat terbaik untuk beliau," tulis dimsbp_
"Sayang tabah ya, ikhlas, semoga ALLAH memberikan yang terbaik," tulis nadiarohali_
"Turut berduka cita ya, sayang tabah, semoga kalian ikhlas," tulis lukman.cy.
"Sabar ya sayang , ALLAH punya rencana lain di balik ini semua, aku tahu rasanya kehilangan," tulis lubna_fhathiyahS.