awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pesawat Rusia: Kotak hitam ditemui

Agensi
Agensi
01/11/2015
01:41 MYT
Nahas pesawat Rusia: Kotak hitam ditemui
Pasukan penyelamat sudah berjaya memindahkan 129 mayat dari lokasi kemalangan untuk dibawa ke rumah mayat di Kaherah.
Pasukan penyelamat dilaporkan berjaya menemui kotak hitam pesawat Rusia, Kogalymavia 9268 (KGL-9268) yang terhempas di kawasan pergunungan terpencil Mesir di Semenanjung Sinai, pada Sabtu, lapor APTN.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Mesir, kotak hitam daripada ekor pesawat telah dihantar untuk dianalisis oleh pakar.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa setakat kini, pasukan penyelamat sudah pun berjaya memindahkan 129 mayat dari lokasi nahas untuk dibawa ke rumah mayat di Kaherah. Semasa kejadian, pesawat berkenaan membawa 224 penumpang termasuk 25 kanak-kanak.
Ia terhempas 20 minit sesudah berlepas dari pusat peranginan terkenal di Laut Merah menuju ke St Petersburg.
FOTO: Nahas pesawat Rusia: 224 penumpang terbunuh
Dalam pada itu Perdana Menteri Mesir, Sherif Ismail yang melawat tempat kejadian memaklumkan, peluang pasukan penyelamat menemui mangsa yang terselamat adalah tipis.
Pihak berkuasa ketika ini masih menyiasat punca sebenar nahas.
Sebelum ini, militan IS mendakwa bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan. Namun, setakat ini tiada maklumat yang boleh mengesahkan dakwaan tersebut.
Topic Berkaitan
#kairo
#Nahas
#nile tv
#pesaat
#Rusia Rosaviatsiya
#sharif ismail
#Sinai
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan