awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naib Presiden India, Jagdeep Dhankhar letak jawatan atas faktor kesihatan

Bernama
Bernama
22/07/2025
01:50 MYT
Naib Presiden India, Jagdeep Dhankhar letak jawatan atas faktor kesihatan
Dhankhar yang berusia 74 tahun dipilih untuk penggal lima tahun pada Ogos 2022 sebagai calon parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin.
NEW DELHI: Naib Presiden India, Jagdeep Dhankhar meletak jawatan atas faktor kesihatan.
Dhankhar, 74, yang dipilih untuk penggal lima tahun pada Ogos 2022 sebagai calon parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP), mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin.
"Bagi mengutamakan rawatan kesihatan dan mematuhi nasihat perubatan, saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden India berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam surat kepada Presiden India, Droupadi Murmu.
Naib Presiden dipilih oleh ahli kedua-dua dewan Parlimen dan secara rasmi mempengerusikan Dewan Negara (Rajya Sabha), selain memangku tugas Presiden sekiranya berlaku kekosongan jawatan itu.
Peletakan jawatan beliau diumumkan pada hari pertama sidang monsun Parlimen, sekali gus mengejutkan ramai pihak.
Terdahulu pada Isnin, pejabatnya mengeluarkan kenyataan beliau dijadualkan melakukan lawatan sehari ke Jaipur, Rajasthan pada Rabu bagi menghadiri sesi libat urus bersama sebuah badan perdagangan.
Pada Mac lalu, Dhankhar pernah menjalani rawatan di Institut Sains Perubatan India (AIIMS) akibat masalah berkaitan jantung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Naib Presiden India
#Jagdeep Dhankhar
#Jagdeep Dhankhar letak jawatan
#Bharatiya Janata Party
#BJP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan