awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nak pakai pelitup muka, tapi tetap mahu tunjuk 'muka'... ini penyelesaiannya!

Agensi
Agensi
14/11/2020
01:00 MYT
Nak pakai pelitup muka, tapi tetap mahu tunjuk 'muka'... ini penyelesaiannya!
Lelaki ini memakai pelitup muka yang ditempah daripada Roriz, namun sekali pandang seperti langsung tidak memakai apa-apa yang menutup mukanya. -Reuters
RIO DE JANEIRO:Jorge Roriz, 65, sudah lama menggunakan kemahiran seninya untuk mencipta dunia magis, terutamanya dalam sambutan kebudayaan Carnival Rio de Janeiro yang diserikan kostum berwarna-warni serta kenderaan berhias.
Kini, dalam musim pandemik koronavirus yang belum berakhir, dia memanfaatkan bakat seninya untuk menghasilkan pelitup muka yang tidak 'menutup' ciri-ciri wajah pemakainya, sebaliknya kelihatan mirip wajah asal.
Roriz yang ditemui Reuters di studio seninya dilihat tekun melukis gambaran hidung dan mulut serta sebahagian daripada pipi dan dagu, yang ditutup kepingan pelitup muka pemakainya.
ggan yang mempunyai pandangan yang sama dengan dirinya tentang tujuan pemakaian pelitup muka. - Reuters
Hasil kreativiti Roriz mendapat sambutan daripada pelanggan yang mempunyai pandangan yang sama dengan dirinya tentang tujuan pemakaian pelitup muka. - Reuters
Untuk mencapai matlamatnya, pelanggan yang menempah akan memberi gambar wajah mereka menerusi telefon pintar, lalu cuba meniru semula menggunakan calitan berus dan cat khas.
"Saya menggunakan pelitup muka ini dengan tujuan tidak mahu kehilangan identiti," ujarnya yang turut memakai pelitup muka menyamai warna kulit, bentuk mulut, serta ciri khas pada wajahnya sendiri, seperti misai putihnya.
Semua pelitup muka yang dihasilkannya begitu popular dalam kalangan pelanggan yang juga sependapat dengannya - iaitu mahu menutup mulut dan hidung bagi melindungi diri daripada koronavirus, namun enggan menyembunyikan wajah.
Roriz gigih menyiapkan tempahan pelitup muka daripada pelanggan yang mempercayai bakat seninya. - Reuters
Roriz gigih menyiapkan tempahan pelitup muka daripada pelanggan yang mempercayai bakat seninya. - Reuters
"Sangat penting untuk orang ramai menjaga diri masing-masing. Pakai pelitup muka juga sangat bagus.
"Saya menerima banyak reaksi positif... mereka ketawa melihatnya.
"Sesuatu yang digunakan kerana kita dalam tempoh bersedih akhirnya membawa sedikit kegembiraan," katanya.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#topeng muka
#artis
#hasil seni
#pelitup muka
#Jorge Roriz
#Rio de Janeiro
#pandemik
#COVID-19
#shm
#weekender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan