awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS namakan semula Teluk Mexico kepada "Teluk Amerika"

Bernama
Bernama
25/01/2025
09:37 MYT
AS namakan semula Teluk Mexico kepada "Teluk Amerika"
Pengumuman dibuat susulan perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump.- Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DoI) pada Jumaat mengumumkan Teluk Mexico kini dikenali sebagai "Teluk Amerika" susulan perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pada Isnin, Trump mengeluarkan arahan untuk menamakan semula perairan di pantai selatan Amerika Syarikat (AS) dan pantai timur Mexico sebagai penghormatan kepada "kehebatan Amerika."
Nama Teluk Mexico telah digunakan sejak abad ke-16.
Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada Selasa berkata: "bagi kami, ia akan terus menjadi Teluk Mexico, dan bagi seluruh dunia, ia akan terus menjadi Teluk Mexico."
Jabatan itu juga mengumumkan bahawa gunung tertinggi di Amerika Utara, Denali, akan dinamakan semula kepada nama sebelumnya, iaitu Gunung McKinley.
Gunung itu secara rasmi dinamakan semula atas permintaan negeri Alaska selepas bertahun-tahun pertikaian pada 2015 di bawah Presiden AS ketika itu, Barack Obama.
Penamaan semula kepada Denali ketika itu dilihat sebagai tanda kepekaan budaya terhadap penduduk asli Alaska, yang bagi mereka gunung itu mempunyai kepentingan istimewa selama berabad-abad.
Perintah 2015 yang menukar nama gunung itu kepada Denali menyatakan bahawa William McKinley, bekas Presiden AS dari Ohio, "tidak pernah melawat, atau mempunyai sebarang kaitan sejarah penting dengan gunung atau Alaska."
Menurut DoI, "pemulihan nama-nama ini... menghormati warisan kehebatan Amerika," seiring dengan arahan Trump.
"Perubahan ini menegaskan komitmen negara untuk memelihara warisan luar biasa Amerika Syarikat dan memastikan generasi masa depan rakyat Amerika meraikan warisan wira dan aset bersejarahnya," kata kenyataan itu.
Jabatan itu juga menyatakan bahawa Lembaga Penamaan Geografi AS sedang "bekerja dengan pantas untuk mengemas kini tatanama rasmi persekutuan dalam Sistem Maklumat Nama Geografi untuk mencerminkan perubahan ini, berkuat kuasa serta-merta untuk kegunaan persekutuan."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teluk Mexico
#tukar nama
#Teluk Amerika
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan