PENTADBIRAN Aeroangkasa Dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) melancarkan misi pertama untuk mengkaji asteroid Trojan Musytari, pada Sabtu.

Asteroid itu merupakan dua kelompok batuan besar dipercayai para saintis adalah sisa-sisa bahan purba yang membentuk planet luar sistem suria.

Kenderaan angkasa dikenali sebagai Lucy, dimasukkan ke dalam kapsul kargo khas berlepas dari stesen tentera udara Cape Canaveral di Florida pada jam 5.34 pagi.

Nasa berkata ia dibawa roket Atlas V dari United Launch Alliance (UAL), usaha sama Boeing dan Lockheed Martin.

Misi Lucy adalah ekspedisi 12 tahun untuk mengkaji sejumlah asteroid.

Ia akan menjadi yang pertama menjelajahi Trojan yang merupakan ribuan objek berbatu yang mengorbit matahari dalam dua kawanan.

Satu di hadapan jalan planet gas gergasi Musytari dan satu di belakangnya.

Asteroid Trojan terbesar yang terkenal dipercayai berukuran diameter 225 kilometer.

Aeroangkasa | NASA lancar misi pertama kaji asteroid Musytari

Para saintis berharap penerbangan jarak dekat oleh kapal angkasa Lucy di tujuh Trojan itu akan memberi petunjuk baharu tentang bagaimana planet sistem suria terbentuk kira-kira 4.5 bilion tahun yang lalu dan apa yang membentuk konfigurasi mereka sekarang.

Kata NASA, turut diyakini kaya dengan sebatian karbon, asteroid bahkan dapat memberikan pandangan baru mengenai asal usul bahan organik dan kehidupan di bumi.