Skip to main content

Dunia

NASA tangguh pelancaran misi Kru-13 ke ISS

jsc2026e406664 (Aug. 5, 2026) — The four members of NASA’s SpaceX Crew-13 mission to the International Space Station display their mission plaque inside a training mockup of a space station module. From left are, Commander Jessica Watkins and Pilot Luke Delaney, both from NASA, and Mission Specialists Joshua Kutryk of CSA (Canadian Space Agency) and Sergey Teteryatnikov of Roscosmos. NASA/Morgan Gridley
Kru-13 terdiri daripada empat orang iaitu angkasawan NASA Jessica Watkins dan Luke Delaney, angkasawan Kanada Joshua Kutryk serta angkasawan Roscosmos Teteryatnikov. -Foto NASA
Advertisement

MOSCOW: Agensi angkasa Amerika Syarikat (AS), NASA mengumumkan penangguhan pelancaran misi Kru-13 yang membawa angkasawan Rusia Sergey Teteryatnikov ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor Sputnik/RIA Novosti.

Kru-13 terdiri daripada empat orang iaitu angkasawan NASA Jessica Watkins dan Luke Delaney, angkasawan Kanada Joshua Kutryk serta angkasawan Roscosmos Teteryatnikov. Pelancaran itu sebelum ini dijadualkan pada pertengahan September.

“NASA dan SpaceX sedang melaraskan tarikh pelancaran misi Kru-13 ke Stesen Angkasa Antarabangsa bagi menangani kebocoran bahan pengoksida dalam sistem pendorongan Dragon yang dikesan ketika proses standard persediaan prapelancaran kapal angkasa,” menurut NASA dalam satu kenyataan.

Menurut agensi itu, NASA dan SpaceX sedang menjalankan pemeriksaan tambahan.

Tarikh baharu pelancaran misi berkenaan masih belum diketahui.

Roscosmos dan NASA memeterai perjanjian penerbangan silang pada Julai 2022 yang memperuntukkan sekurang-kurangnya seorang angkasawan Rusia dan seorang angkasawan Amerika berada di ISS pada setiap masa, bagi memastikan operasi segmen Rusia dan Amerika di stesen itu dapat diteruskan sekiranya berlaku perubahan jadual atau kecemasan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement